Gaya Hidup

3 Pembelajaran Sepanjang Hayat

Oleh Natirah Azira  •  11 Oct 2018  •  2 min baca

Sesetengah orang pasti akan terasa bosan dengan kehidupan yang statik. Rutin yang sama dilalui setiap hari. Sebenarnya kita boleh menjadikan kehidupan harian sebagai pembelajaran sepanjang hayat dengan melakukan beberapa perkara. Berikut antaranya:

#1- Membaca

Membaca akan membuka pintu kepada dunia baru. Jika anda seorang yang kurang minat membaca, mulakan dengan bahan-bahan bacaan yang ringan seperti artikel dan juga buku fiksyen. Jika anda sukakan cabaran, anda boleh memilih bahan bacaan yang lebih kritikal dan memaksa otak berfikir.

Terlalu banyak artikel yang dapat anda temui di internet. Pilih sahaja mana-mana topik yang anda suka seperti topik kesihatan, sukan, teknologi, seni atau motivasi. Membaca akan menjadikan minda sentiasa aktif.

Kesibukan dalam urusan seharian bukan alasan untuk tidak menambah ilmu yang baru. Semakin anda membaca, semakin anda kagum dengan luasnya ilmu dan betapa banyak perkara yang anda tidak tahu. Semakin anda membaca semakin tajam juga penilaian anda kepada kehidupan.

#2- Belajar Suatu Yang Baru

Cuba lihat kanak-kanak, betapa aktif dan bertenaganya mereka bermain dan meneroka dunia di sekeliling mereka. Belajar suatu yang baru bukan hanya terhad ketika kita masih di dunia kanak-kanak, malah hingga kita meningkat dewasa.

Apabila kita belajar suatu yang baru, peluang yang baru juga bakal terbuka. Antara perkara yang dapat dicuba seperti belajar buat kek, memulakan perniagaan online, menyertai bengkel keusahawanan dan melibatkan diri dalam sukan lasak. Dari situ kita dapat menambah kenalan serta meluaskan kelompok sosial. Siapa sangka, perkara baru yang kita cuba dapat membawa kita pergi lebih jauh dalam memajukan diri.

Semangat serta kesungguhan dalam meneroka minat sendiri juga pasti dapat memberi inspirasi kepada orang di sekeliling.

#3- Tidak Takut Dengan Kritikan Yang Membina

Apabila disebut tentang ‘kritikan’, ia sebenarnya boleh jadi suatu yang positif. Kadang-kadang kita tidak menyedari kelemahan yang ada. Kritikan yang jujur dan membina dapat membantu kita untuk menyedari sudut-sudut ‘blind spot’ pada diri.

Pada mulanya, pasti sukar untuk kita menerima pandangan orang lain terhadap diri kita, namun jika kita melihat ianya sebagai suatu peluang untuk memajukan diri, pasti ia terasa lebih ringan.
Sebagai seorang Islam, azam kita adalah untuk menjadi Muslim yang melakukan sebaik-baik amalan, sebaik-baik pencapaian serta sebaik-baik khidmat kepada orang.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi di universiti yang sama. Seorang yang suka membaca pelbagai genre bahan bacaan terutama sejarah, sastera, motivasi dan psikologi.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami