Inspirasi

3 Cara Untuk Lebih Berlapang Dada Menerima Perubahan Hidup

Oleh Natirah Azira  •  10 Sep 2018  •  3 min baca

Kita semua tahu tidak ada perkara yang kekal selama-lamanya dalam dunia ini. Perubahan berlaku tanpa kita sedari. Setiap sesuatu di sekeliling kita bergerak dan berubah setiap masa. Tunas pokok yang sedang tumbuh. Rambut putih di kepala. Kedut pada wajah ibu bapa.

Kadang-kadang perubahan terjadi terlalu cepat dan mengejutkan. Kematian. Hilang kerja. Sakit. Bahkan, fikiran kita sendiri sentiasa berubah, melompat dari suatu ingatan ke suatu ingatan yang lain. Hal-hal sebegini kerap kali mengingatkan saya bahawa perubahan adalah sebahagian dari kehidupan. Ia hukum alam ciptaan Tuhan yang tidak dapat dielakkan.

“Aku melihat air menjadi rusak karena diam tertahan. Jika mengalir menjadi jernih, jika tidak kan keruh menggenang” Ahmad Fuadi

Lihat perumpamaan yang dinukilkan oleh penulis diatas tentang air. Hatta air yang bertakung dan tidak bergerak pun lama kelamaan akan menjadi busuk dan tidak bermanfaat kepada sesiapa.

Perubahan kadang-kadang menakutkan. Kita takut apa yang akan terjadi selepas itu. Takut dengan kemungkinan dan ketidakpastian. Takut adakah kita mampu menghadapinya atau tidak.
Tapi bukankah hidup itu sendiri adalah ketidakpastian?

Jadi apa kata kita tarik nafas dan berkata kepada hati. “InsyaAllah, segala-galanya akan baik saja”

Kita ada Tuhan yang sentiasa menjaga gerak geri dan seluruh kehidupan kita. Daun yang gugur sekalipun ada dalam pengetahuanNya apatah lagi kehidupan hamba-hambaNya. Selain itu, ada beberapa perkara yang boleh kita lakukan untuk menghadapi perubahan dalam hidup. Berikut antaranya:

#1- Minta Pertolongan

Kita tidak berseorangan dalam dunia ini. Kita hidup dengan manusia yang lain. Ahli keluarga. Rakan. Badan kerajaan mahupun bukan kerajaan ada untuk membantu masalah yang kita hadapi.

Support group atau kumpulan sokongan yang menjalankan aktiviti-aktiviti sukarelawan contohnya ‘Befrienders’ juga boleh menjadi tempat anda meluah dan berkongsi cerita. Minta pertolongan kepada mana-mana pihak yang boleh membantu. Cari jalan keluar. Usah biarkan diri tenggelam dalam masalah.

#2 – Ubah Perspektif Anda

Perspektif ataupun cara pandang kita kepada sesuatu sangat mempengaruhi tindak- tanduk kita. Perubahan tidak semestinya suatu yang negatif. Cuba pandang sejenak ke masa lalu anda, apakah perubahan telah membawa sesuatu yang lebih baik? Saya berharap jawapannya ‘ya’.

#3 – Pujuk Hati Untuk Terus Percaya

Perubahan adalah proses dan proses memerlukan masa. Maka bersabar adalah kuncinya. Tidak dapat tidak kita perlu bersabar sebelum segalanya kembali tenang seperti sedia kala. Lihatlah hikmah yang terselit di sebalik sebuah perubahan. Pujuk hati untuk terus percaya. InsyaAllah kebaikan dan hikmahnya akan tersingkap apabila berlalunya masa.

Berlakunya perubahan bermakna kita masih lagi hidup. Apabila kita ingin hidup, kita juga harus berani berhadapan dengan cabaran yang ada didalamnya. Yakinlah, bahawa cabaran yang datang sesuai dengan kemampuan kita untuk memikulnya. Sesunggunya Allah tidak akan membebankan hamba-hambaNya dengan perkara yang tidak mampu dipikul.

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…Al Baqarah, 2: 286


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami