Ibadah, Keluarga

3 Amalan Yang Tidak Terputus – Adakah Doa Cucu Kepada Datuknya Juga Diterima

Oleh Fizah Lee  •  3 Jul 2020  •  2 min baca

Ada sebuah hadis yang telah diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, Baginda SAW telah bersabda:

Maksud: “Apabila mati seorang manusia, maka terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 1631)

Melalui hadis ini, kita dapat faham bahawa segala apa yang kita peroleh di muka bumi ini tidak akan dapat mengikut kita sehingga mati.

Jika ada kereta mewah, ia akan ditinggalkan. Jika ada harta dan pangkat, ia juga tidak akan dibawa ke kubur. Melainkan apa yang kita tinggalkan itu mampu memberi manfaat dan kebaikan.

Jika ada harta dan wang yang pernah disedekahkan untuk pembinaan masjid, sekolah atau apa sahaja selagi mana ia memberi manfaat dan kebaikan, selagi itulah saham pahala tersebut akan mengalir ke dalam ‘akaun’ anda.

Jika anda punya anak yang soleh, maka doa yang mereka sentiasa kirimkan untuk anda itu juga akan mengalir buat anda.

Disebabkan itu, setiap yang kita lakukan dan perolehi semasa hayat ini bukan sahaja untuk jangka masa pendek semata-mata, namun lebih kepada jangka masa panjang.

Jika punya anak, didiklah mereka ke arah didikan yang baik dan mampu menolong kita ke akhirat kelak. Namun, ada juga persoalan berkenaan, adakah doa seorang cucu juga boleh dikirimkan kepada neneknya dan membawa taraf yang sama dengan doa anak yang soleh kepada ibunya?

Berdasarkan penjelasan yang telah diberikan oleh Syaikh ‘Abdullah al-Fauzan, maksud kepada hadis tersebut (yang dibawa di atas) adalah tertakluk kepada anak-anak dan juga hasil daripadanya.

Ia bermaksud cucu juga membawa maksud keturunan mereka. Maka, cucu juga boleh mengirimkan doa kepada datuk dan neneknya untuk bekalan mereka di akhirat.

Sebahagian ulama lain juga menyebut bahawa keturunan termasuk cucu dan cicit juga adalah dikira sebagai doa anak yang soleh.

Justeru, jika anda sudah tidak mempunyai ibu bapa atau atuk dan nenek, anda juga boleh mengirimkan doa kepada mereka untuk kesejahteraannya di alam sana.

Wallahu a’alam.

Sumber:
Rumaysho.com


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami