Eksklusif

#29 – Syawal Berimpak Maksima

Oleh Natirah Azira  •  22 May 2020

Assalamualaikum warga Pelabur Berimpak Maksima sekalian!

Alhamdulillah akhirnya kita tiba jua ke malam terakhir Ramadan. Esok adalah hari terakhir kita berpuasa. Masuk sahaja maghrib keesokan hari maka itulah tanda Ramadan telah melabuhkan tirainya dan kita akan bergraduasi dari madrasah Ramadan ini.

Tahniah kami ucapkan kepada anda semua kerana telah melalui Ramadan kali ini dengan baik dan cekal beristiqamah dalam menjalani ibadah.

Kalau ada antara perkara bernilai yang kita dapat dari Ramadan kali ini, semoga ia adalah rasa istiqamah untuk beribadah di bulan-bulan seterusnya.

Menjelang Syawal, kita perlu sentiasa beringat untuk terus perbaharui niat dalam beribadah. Jangan jemu berdoa agar segala ibadah kita di bulan ini diterima oleh Allah dan segala kekurangan kita dimaafkan.

Jika dalam bulan Ramadan, kita melazimi solat sunat dan membaca Al Quran, maka jadikanlah ia juga rutin harian di bulan Syawal serta bulan-bulan seterusnya. Usah dekati semula tabiat buruk yang telah ditinggalkan.

Ramadan ini penawar. Jika hati kita telah sembuh di bulan Ramadan, mengapa ingin mendekati semula keburukan tersebut?

Sesungguhnya antara satu tanda amal ibadah kita diterima ialah Allah mempermudahkan kita untuk terus melakukan amal kebaikan meskipun Ramadan telah berlalu. InsyaAllah.

Baik, di kesempatan ini juga, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Skim Ramadan Berimpak Maksima ini.

Teruskan bersama Tzkrh untuk pengisian menarik pada masa akan datang.

Salam Syawal Berimpak Maksima kami ucapkan. Semoga impaknya membawa ke bulan-bulan seterusnya. InsyaAllah.


Kongsikan Video Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan video ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi di universiti yang sama. Seorang yang suka membaca pelbagai genre bahan bacaan terutama sejarah, sastera, motivasi dan psikologi.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami