Inspirasi

29 Fakta Menarik Bagaimana Erdogan Memimpin Turki

Oleh Siti Rahmah  •  29 Dec 2015  •  5 min baca

Sebelum Erdogan, pemerintah terdahulu menerapkan budaya sekular dalam pentadbiran negara. Ia menjadikan Turki negara yang terpinggir di Benua Eropah. Apabila presiden ke-12 ini mengembalikan syariat dalam sistem pentadbiran negara, mereka menuai hasil yang luar biasa.


Nota: Artikel ini diterjemah oleh penulis Indonesia daripada artikel asal tulisan penulis Jordan, Ihsan Al Faqih, di media Achahed.

#
1. Pada tahun 2013, Produk Domestik Nasional Turki mencapai nilai 100 milion dolar Amerika. Nilai ini sebanding dengan gabungan pendapatan tiga buah negara dengan ekonomi terkuat di Timur Tengah, iaitu Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), dan Iran, dan ditambah lagi dengan pendapatan Jordan, Syria dan Lebanon.


#2. Erdogan membawa lonjakan ekonomi yang besar kepada Turki, dari tangga ke-111 di dunia ke kedudukan ke-16 dengan purata peningkatan sebanyak 10 peratus setahun. Ini meletakkan Turki dalam kelompok 20 negara maju yang terkuat di dunia (G-20).


#3. Tahun 2023 disebut-sebut Erdogan sebagai tahun pembangunan negara Turki Moden dengan tujuan menjadikan Turki sebagai sebuah negara yang mempunyai kekuatan politik dan ekonomi nombor satu di dunia!

#
4. Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul adalah lapangan terbang terbesar di Eropah dengan kapasiti 1260 pesawat setiap hari, ditambah pula dengan kemampuan lapangan terbang Shabiha menampung 630 penerbangan sehari.

#
5. Syarikat Turkish Airline diiktiraf sebagai syarikat penerbangan terbaik di dunia selama tiga tahun berturut-turut.

#
6. Dalam tempoh 10 tahun, Turki telah menanam 770 juta pokok Harjia yang berbuah lebat.



#7. Buat kali pertama pada zaman moden ini, Turki mengeluarkan sendiri kereta kebal, kapal terbang, pesawat tempur tanpa pemandu, juga satelit ketenteraan moden pertama yang memiliki pelbagai fungsi.

#
8. Dalam 10 tahun pemerintahannya, Erdogan telah membangunkan 125 universiti, 189 sekolah, 510 hospital dan 169,000 bilik darjah baru yang moden, sehingga nisbah pelajar untuk sebuah kelas kurang daripada 21 orang (1 kelas : 21 pelajar).

#
9. Ketika krisis ekonomi menimpa Eropah dan Amerika, universiti-universiti di Eropah dan Amerika menaikkan yuran kuliah. Namun, Erdogan bertindak luar biasa dengan memansuhkan keseluruhan yuran kuliah dan persekolahan bagi rakyatnya dan menjadikan kos ini sebagai tanggungan negara.


#10. Dalam 10 tahun terakhir, pendapatan per kapita penduduk Turki yang sebelum ini hanya 3500 dolar setahun, meningkat kepada 11 000 dolar setahun pada 2013. Nilai ini lebih tinggi berbanding pendapatan per kapita penduduk Prancis, dan Erdogan berjaya menaikkan nilai tukaran matawang Turki sebanyak 30 kali ganda!


#11. Turki juga sedang bersungguh-sungguh membiayai 300 ribu ilmuwan melakukan penyelidikan ilmiah dalam usaha menuju sasaran 2023.


#12. Antara pencapaian terbesar politik Turki adalah kejayaan Erdogan mendamaikan dua bahagian negara pulau Cyprus yang berbalah. Beliau juga mengadakan perbahasan damai dengan parti Buruh Kurdistan bagi menghentikan pertumpahan darah dan meminta maaf kepada Armenia, sehingga menyelesaikan permasalahan yang sudah tergantung selama enam dekad.



#13. Gaji dan upah di Turki meningkat sehingga 300 peratus. Melalui peningkatan ini, gaji pegawai baru meningkat daripada 340 lira Turki kepada 957 lira. Selain itu, jumlah penganggur juga menurun daripada 38 peratus menjadi 2 peratus sahaja.


#14. Di Turki, belanjawan untuk pendidikan dan kesihatan diberi lebih banyak sehingga melebihi bajet untuk pertahanan, dan gaji guru pula sama banyak dengan gaji doktor.

#15. Sebanyak 35, 000 makmal IT dan pangkalan data moden dibangunkan bagi melatih pemuda-pemuda Turki.


#16. Erdogan menghentikan defisit bajet yang mencapai 47 bilion dolar. Sebelum ini, baki terakhir hutang Turki kepada IMF adalah 300 juta dolar pada Julai tahun lalu. Bahkan, Turki turut meminjamkan semula kepada IMFsebanyak 5 bilion dolar. Di samping itu, Erdogan juga menambah rizab pertukaran asing negara sebanyak 100 bilion dolar.


#17. 10 tahun lalu, eksport Turki hanya 23 bilion dolar. Sekarang, ia sudah meningkat kepada 153 bilion dolar, yang mencakupi 190 negara. Eksport paling banyak adalah kenderaan diikuti peralatan elektronik. Setiap tiga perkakasan elektronik di Eropah, satu daripadanya adalah produk Turki.


#18. Pemerintah Erdogan memulakan sistem pemprosesan sampah bagi menjana tenaga elektrik yang digunakan satu pertiga penduduk Turki. Sehingga kini, 98 peratus penduduk Turki sudah menikmati kemudahan tenaga elektrik.


#19. Erdogan pernah duduk berhadapan dengan seorang anak perempuan yang usianya masih 12 tahun, tampil dalam siaran langsung televisyen, berdebat dan berdiskusi mengenai pembangunan Turki pada masa depan.

Beliau menghormati kecerdasan dan semangat anak tersebut. Secara tidak langsung, beliau mendidik anak-anak Turki melalui teladan dalam berdebat dan berdiskusi. Beliau juga mengambil peluang itu untuk membaca harapan kanak-kanak mengenai masa depan.


#20. Para sekular Arab melabel Erdogan sebagai sekutu Israel. Bagaimanapun, Erdogan memberi tamparan keras kepada Israel dan dia memaksa Israel meminta maaf kepada Turki atas kes kapal Marmara yang ditembak Israel. Turki juga memberi syarat penarikan embargo ke atas Gaza bagi menerima permintaan maaf itu.


#21. Erdogan turut memberi kritikan tajam kepada orang-orang yang bertepuk tangan semasa pidato Simon Perez dalam Mesyuarat Ekonomi Dunia. Beliau berkata sejurus sebelum keluar dari bilik mesyuarat dan pulang ke Turki:

“Memalukan kalian bertepuk tangan mendengar pidato ini, padahal Israel telah membunuh ribuan anak dan wanita di Gaza….”


#22. Erdogan menyembur para penunjuk perasaan yang menentangnya dengan air. Beliau tidak menembak mereka dengan gas pemedih mata, peluru yang dijatuhkan dengan pesawat tempur, peluru berpandu atau bom-bom molotov.

#
23. Erdogan melarang anak gadisnya membuka hijab semasa di kampus. Jadi, beliau menghantar anaknya belajar di Eropah agar anaknya tetap berhijab, sebelum pemakaian hijab dibenarkan di kampus-kampus Turki.


#24. Erdogan satu-satunya ketua negara yang mengunjungi Myanmar bersama isterinya dan bertemu dengan kaum Muslimin di kawasan Myanmar yang ditimpa bencana.


#25. Erdogan menghidupkan kembali pendidikan Al Quran dan Hadis di sekolah-sekolah negeri, setelah hampir 90 tahun ia dihilangkan daripada bumi Turki oleh pemerintah sekular.

#
26. Erdogan menetapkan kebebasan berhijab di kampus-kampus Turki dan di parlimen.

#
27. Erdogan adalah pemimpin muslim yang membuat lampu di jambatan gantung terlebar di dunia iaitu di Pantai Laut Hitam dengan tulisan yang sangat besar berupa perkataan “Bismillahirrahmanirrahim.”

#
28. Erdogan mengembalikan pendidikan Bahasa Uthmaniyyah yang berhuruf Arab di sekolah-sekolah negeri.


#29. Erdogan melepaskan perarakan 10 ribu anak-anak muslim berumur 7 tahun di jalan-jalan Istanbul dengan penuh bangga kerana anak-anak tersebut akan memulakan kewajipan solat berjemaah dan menghafal Al-Quran.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Siti Rahmah

Beliau merupakan kolumnis Ruangan Cerpen Majalah Usrati dan usahawan sepenuh masa. Mengusahakan bisnes aksesori sulam secara online sejak 2008 di laman blog ini. Penulis turut aktif menghasilkan karya fiksyen yang diterbitkan di majalah dan antologi cerpen.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami