Eksklusif

#28 – Kemaafan Milik Siapa?

Oleh Natirah Azira  •  21 May 2020

Assalamualaikum warga pelabur berimpak maksima sekalian!

Kita telah melewati hari ke-28 berpuasa, dan malam ini adalah malam yang ke-29 kita melakukan Solat Tarawih.

Esok telah ditetapkan sebagai waktu melihat anak bulan oleh pihak berwajib untuk penentuan hari raya Aidilfitri. Maka ini adalah saat genting untuk kita terus menumpukan perhatian kepada ibadah.

Sekalipun, tahun ini kita tidak dapat berkumpul bersama untuk beraya, namun ambil lah semangat Syawal dan raikan ia sesempurna boleh iaitu dengan maaf-memaafkan.

Kemaafan boleh diberi tanpa perlu berjumpa dan bersalam. Kita masih boleh berhubung dengan kemudahan telefon pintar yang ada.

Bulan Ramadan, adalah bulan keampunan di mana Allah membuka seluas-luasnya pintu keampunan kepada umat manusia. Tidak ada hamba yang meminta dan tidak diampuni selagi tidak melakukan dosa syirik kepadaNya.

Sikap ini juga ada pada Rasulullah SAW semasa baginda dihina dan diejek dalam dakwah. Baginda tetap memaafkan malah berdoa agar mereka diberi hidayah.

Maka apabila Syawal tiba, itu pula masa untuk kita menghidupkan budaya ini dengan saling memaafkan.

Jangan angkuh untuk memaafkan. Kita juga tidak tahu sebanyak mana hati yang telah kita guris.

Ingat, jangan lewat-lewatkan memberi maaf dan jangan pula terlalu ego untuk meminta maaf.

Salam Ramadan Berimpak Maksima!


Kongsikan Video Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan video ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi di universiti yang sama. Seorang yang suka membaca pelbagai genre bahan bacaan terutama sejarah, sastera, motivasi dan psikologi.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami