Eksklusif

#23 – Berdoa 1000 Bulan

Oleh Natirah Azira  •  17 May 2020

Assalamulaikum warga pelabur Skim Ramadan Berimpak Maksima!

Alhamdulillah kita telah memasuki malam ke 24 Ramadan, bermakna tinggal hanya enam malam sahaja lagi kita berpeluang mengejar barakah malam-malam terakhir Ramadan.

Bertepatan dengan Hari Guru yang baru sahaja disambut semalam, Tzkrh ingin mengambil peluang mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua yang bergelar pendidik.

Baiklah, bagi mengisi hari-hari terakhir Ramadan ini pasti kita tercari-cari apa lagi doa yang boleh diamalkan pada waktu-waktu terluang.

Saidatina Aisyah pernah bertanya kepada Rasulullah SAW – “Jika ada suatu hari yang aku tahu bahawa malam tersebut adalah lailatul qadar, lantas apa doa yang mesti aku ucapkan?”

Lalu jawab Rasulullah SAW, berdoalah dengan membaca:

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّى
(Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu’anni)

Maksud: “Ya Allah, Engkau Maha Memberikan Maaf dan Engkau suka memberikan maaf, oleh itu maafkanlah aku”

Inilah doa yang diajarkan kepada Rasulullah SAW yang juga merupakan pendidik ummah yang paling dikasihi oleh Allah.

Selain itu, mari kita panjatkan juga doa buat guru-guru yang pernah mendidik dan mengajarkan ilmu kepada kita tidak kira secara formal atau tidak.

Semoga dengan ‘sunnah berguru’ yang diamalkan ini, keberkatannya akan sentiasa mengalir.


Kongsikan Video Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan video ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi di universiti yang sama. Seorang yang suka membaca pelbagai genre bahan bacaan terutama sejarah, sastera, motivasi dan psikologi.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami