Kita semakin mendekati bulan Ramadan. Dalam tempoh ini juga pasti ada yang ‘sprint’ di saat-saat akhir untuk melunaskan puasa ganti. Jika sempat, Alhamdulillah. Jika tidak, maka perlu membayar fidyah dan menggantikan puasa tersebut selepas Ramadan nanti.
Antara golongan yang perlu MENGGANTIKAN PUASA serta MEMBAYAR FIDYAH adalah;
Manakala golongan yang hanya perlu MEMBAYAR FIDYAH adalah:
Berbalik kepada pembayaran fidyah, ia dikira sebagai denda dan mengikut kiraan nilai secupak beras. Hukum membayarnya adalah wajib dan perlu disempurnakan mengikut bilangan hari puasa yang tidak sempat diganti atau ditinggalkan, dan mengikut gandaan tahun (jika puasa tidak diganti untuk tahun-tahun sebelumnya).
“Maksudnya:….. dan wajib atas orang-orang yang tidak berdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin” (Surah al-Baqarah, ayat 184)
Nilai secupak beras ini pula berbeza-beza bagi setiap negeri di Malaysia. Ia boleh disemak di laman web majlis agama negeri masing-masing. Malah, cara pembayaran fidyah lebih mudah iaitu boleh dibayar secara atas talian sahaja.
Kalkulator kiraan fidyah bagi negeri:
Sebaiknya, puasa diganti lebih awal supaya kita lebih bersedia untuk menjalani ibadah-ibadah menjelang Ramadan. Namun, jika tidak dapat dielakkan, Islam memberikan penyelesaian yang rapi untuk permasalahan ini. Lawatilah laman web di atas, atau untuk mereka yang berada di Selangor boleh muat turun aplikasi Zakat Selangor untuk transaksi yang lebih mudah.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.