Berita

Johor Kini Wartakan Kadar Dua Marhalah Adalah 81 Kilometer

Oleh Firdaus  •  15 Nov 2023  •  1 min baca

Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor kini mengeluarkan fatwa, menetapkan kadar dua marhalah bagi para musafir untuk menunaikan ibadah solat jamak dan qasar serta hukum-hukum fiqah lain yang memberi keringanan (rukhsoh) adalah 81 kilometer – berbanding 90 kilometer sebelum ini.

Perkongsian fatwa baharu ini adalah selari dengan keputusan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-118 pada 16 hingga 17 Februari 2021 lepas.

Hukum penentuan kadar dua marhalah adalah 81 kilometer ditentukan dengan empat kaedah, iaitu:

  • Persempadanan mengikut kaedah, uruf dan ketetapan negeri-negeri selaras dengan Akta / Enakmen Negeri; atau
  • Persempadanan mengikut peta yang dikeluarkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM); atau
  • Persempadanan mengikut peta yang disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) melalui sistem i-PLAN; atau
  • Persempadanan baharu yang mengambil kira populasi kepadatan satu-satu penempatan secara vertical (seperti kondominium / rumah pangsa seumpamanya) yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri.

Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami