Hukum

Bagaimana Islam Melihat Konsep ‘Once Broken Considered Sold’ Dalam Jual Beli

Oleh Natirah Azira  •  9 May 2023  •  2 min baca

“Once broken considered sold’

Ayat ini biasa kita jumpa di kedai-kedai tertentu khususnya yang menjual barangan mudah pecah seperti kaca. Jika diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu, ia bermaksud ‘jika pecah, dikira jual’. Biasanya pesanan ini bagi mengingatkan pengunjung kedai berhati-hati dan tidak cuai apabila memegang barang tersebut.

Namun, bagaimanakah Islam menanggapi hal ini? Hal ini disebabkan, tidak ada persetujuan oleh pembeli tersebut dan pembeli seolah-olah dipaksa membeli kerana barangan itu telah rosak, sama ada ia dirosakkan secara sengaja atau tidak sengaja.

Ulasan daripada laman web Mufti Wilayah menyebut bahawa frasa tersebut sebenarnya bukan bermakna sudah berlaku jual beli, tetapi lebih kepada makna seseorang yang merosakkannya perlu membayar ganti ruti dengan kadar yang ditetapkan penjual (biasanya harga jualan).

Terdapat kaedah yang disebutkan oleh Al-Hafiz Ibn Abd al-Bar bahawa harta seseorang yang dirosakkan perlu diganti.


أن الأموال تُضمن بالعمد والخطأ

Maksudnya: Sesungguhnya harta-harta dijamin daripada kerosakan atau musnah (oleh seseorang) secara sengaja atau tidak sengaja. (Rujuk al-Istizkar 279/7)

Memang ada kalanya, kerosakan yang berlaku tidak disengajakan. Dan dalam Islam, hal yang tak disengajakan, terlupa atau dipaksa dosanya dimaafkan oleh Allah. Tetapi jika ia melibatkan harta benda orang lain, ganti rugi tetap perlu dibayar. Ia melibatkan hak orang lain yang perlu dijaga.

Disebabkan itu, barang yang dirosakkan oleh pengunjung sama ada secara sengaja atau tidak sengaja tetap perlu dibayar. Ringkasnya, polisi ‘once broken, considered sold’ ini sah di sisi syarak.

Sumber:

Muhammad Adzhar bin Ahmad. (2023). Al-Kafi #1934: Pandangan syarak tentang polisi ‘once broken considered sold’. Mufti Wilayah Persekutuan.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami