Hukum

Haram Sembunyikan Kecacatan Barangan Jualan Sekalipun Kepada Pembeli Bukan Islam

Oleh Natirah Azira  •  9 May 2023  •  2 min baca

Nilai kejujuran sangat ditekankan dalam Islam dalam apa jua amalan dan perkara yang dilakukan, lebih-lebih lagi dalam hal jual beli yang melibatkan untung rugi dan rezeki. Penjual tidak boleh menjual barang yang ada kecacatan kerana ia juga boleh dianggap menipu dan tidak jujur. Tegahan ini jelas disebut dalam Surah An-Nisa, ayat 29.

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu. (Surah An-Nisa 4:29)

Rasulullah SAW ada mengingatkan bahawa jual beli yang jujur akan mendapatkan keberkatan manakala yang menipu pula sebaliknya. Bagaimana jika barang yang memiliki kecacatan tetap ingin dijual contohnya kereta yang mempunyai sedikit kerosakan dalaman yang susah dikenal pasti dari luar. Dalam hal ini, penjual mesti menyatakan kecacatan tersebut kepada pembeli.

Rasulullah SAW bersabda:

‌الْمُسْلِمُ ‌أَخُو ‌الْمُسْلِمِ، وَلَا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ بَاعَ مِنْ أَخِيهِ بَيْعًا فِيهِ عَيْبٌ إِلَّا بَيَّنَهُ لَهُ

Maksudnya: Seorang muslim adalah saudara kepada muslim yang lain, seorang muslim dilarang untuk menjual sesuatu barang yang ada kecacatan padanya kepada saudaranya kecuali dia menyatakan tentang kecacatan itu. (Riwayat Ibn Majah, no. 2246)

Hal menyembunyikan kecacatan pada barang ini juga bukan hanya haram melibatkan jual beli antara muslim, bahkan kepada sesiapa sahaja yang bukan muslim. Nilai kejujuran yang diajar dalam Islam ini tidak memilih atau mengecualikan sesiapa, kerana masing-masing ada haknya.

Orang yang membeli sudah tentu meletakkan kepercayaan kepada penjual bahawa barang yang dibelinya dalam keadaan baik, atau jika ada kekurangan pun diberitahu dengan jelas. Dari sudut penjual pula, percayalah bahawa rezeki akan tetap sampai kepada anda sekalipun pembeli menolak setelah mengetahui keadaan sebenar barang. Percayalah, bahawa Allah akan memberikan keberkatan ipada jual beli yang jujur.

Sumber:

Muhammad Adzhar bin Ahmad. (2023). Al-Kafi #1933: Hukum peniaga menyembunyikan kecacatan barang ketika jual beli kerana pelanggan adalah bukan Islam. Mufti Wilayah Persekutuan.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami