Oleh Natirah Azira • 12 Apr 2023 • 2 min baca
Keuntungan paling besar bagi seorang muslim yang berdosa adalah apabila dosanya dihapuskan. Bayangkan dosa yang banyak dilakukan di dunia tidak lagi dikira semasa hisab di akhirat sana. Ia adalah sebesar-besar keuntungan!
Besarnya fadilat zikir apabila Allah menjadikan zikir tertentu sebagai penghapus dosa walaupun sebanyak buih-buih di lautan.
Anda sudah tentu tahu betapa tidak terkira banyaknya buih-buih tersebut. Sebesar mana lautan, sebanyak itu juga buih boleh memenuhi. Jika sebanyak itulah dosa kita, semuanya Allah sudi hapuskan berkat amalan ini.
Apakah zikir tersebut?
Ia sebenarnya zikir mudah yang sudah kita tahu, iaitu kalimah Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahuakbar.
Dari Abu Hurairah dari Rasulullah SAW baginda bersabda: “Barangsiapa bertasbih kepada Allah selepas solat sebanyak tiga puluh tiga kali, dan bertahmid kepada Allah tiga puluh tiga kali, dan bertakbir kepada Allah tiga puluh tiga kali, hingga semuanya berjumlah sembilan puluh sembilan, dan baginda menambah dan kesempurnaan seratus adalah membaca Laa ilaaha illallah wahdahu laa syariika lahu, lahul mulku walahul walahul hamdu wahuwa ‘alaa kulli syai’in qadiir, maka kesalahannya akan diampunkan walau sebanyak buih di lautan.” (HR Muslim, no. 939 – Status hadis sahih)
Jika zikir-zikir ini dituturkan dengan ikhlas dan khusyuk, InsyaAllah dosa-dosa yang ada (dosa kecil) akan Allah hapuskan. Bayangkan kita solat lima kali sehari, dan setiap kali selepas solat kita mengamalkan zikir ini. Ia umpama reset semula akaun dosa yang ada.
Jadi, ambillah sejenak masa selepas solat untuk berzikir memuji Allah. Manfaat dan keuntungannya bukan untuk orang lain, tapi diri sendiri. Semoga Allah memberikan kita kekuatan dan kemahuan untuk konsisten mengamalkan zikir selepas solat ini.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.