Ibadah

Orang Yang Menunggu Waktu Solat Akan Didoakan Malaikat

Oleh Natirah Azira  •  11 Apr 2023  •  2 min baca

Pernahkah anda mendengar seseorang mendoakan kebaikan buat diri anda? Mungkin rakan yang sudah lama tidak berjumpa, datang menziarahi lalu mendoakan kesejahteraan buat diri. Mungkin anda pernah mendengar ibu mendoakan kebahagian dan kemurahan rezeki anda selepas solatnya.

Perasaan saat itu pasti terharu dan sebak. Anda rasa diingati dan dihargai.

Bagaimana pula jika diri kita didoakan oleh makhluk yang sangat dekat dengan Allah, yang menyembah Allah tanpa henti, yang boleh bercakap-cakap dengan Allah SWT, tidak terbayang betapa doa itu sangat bermakna.

Ada banyak amalan yang boleh dilakukan sebenarnya untuk didoakan para malaikat. Antara yang paling mudah adalah dengan cara menunggu waktu solat, iaitu kita bersiap awal untuk solat, mengambil wuduk lalu menunggu waktu solat masuk.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏ “‏ أَحَدُكُمْ مَا قَعَدَ يَنْتَظِرُ الصَّلاَةَ فِي صَلاَةٍ مَا لَمْ يُحْدِثْ تَدْعُو لَهُ الْمَلاَئِكَةُ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ اللَّهُمَّ ارْحَمْهُ ‏”‏

Tidaklah seseorang di antara kalian menunggu solat, selama dia berada dalam keadaan suci, melainkan para malaikat akan mendoakannya: “Ya Allah, ampunilah dia. Ya Allah, sayangilah dia” (Sahih Muslim, no. 649)

Waktu yang ada boleh dahulu diluangkan untuk berzikir atau mengaji sementara masuk waktu solat. Dengan cara ini juga, kita akan lebih bersiap sedia mengasingkan diri daripada hal dunia untuk menjemput rasa khusyuk ketika solat nanti.

Sangat mudah sebenarnya untuk meraih bonus doa daripada para malaikat. Kita hanya perlu tahu cara, iaitu dengan banyak membaca dan mengkaji hadis-hadis yang sahih. Semoga perkongsian ringkas ini dapat membantu kita untuk lebih memelihara kualiti solat, dalam masa sama meraih doa yang mustajab.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami