Hukum

Menelan Sisa Makanan Ketika Puasa – Keadaan Mana Dimaafkan?

Oleh Natirah Azira  •  8 Apr 2023  •  2 min baca

Secara asasnya, puasa adalah menahan diri daripada makan dan minum dari waktu terbit fajar sehingga terbenam matahari. Seorang yang berpuasa perlu berhati-hati menjaga diri daripada melakukan perkara-perkara yang dapat membatalkan puasa contohnya muntah dengan sengaja atau memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan.

Namun, kadangkala ada sisa makanan yang masih terlekat pada gigi tanpa disedari sama ada sedikit atau banyak. Jika ditelan, adakah ia membatalkan puasa?

Merujuk kepada penerangan daripada pihak Mufti Wilayah Persekutuan, dengan nukilan daripada pengarang kitab Al-Fiqh al-Manhaji menyebut:

“Sisa-sisa makanan di celah-celah gigi yang tertelan bersama air liur, tidak membatalkan puasa sekiranya susah membeza dan meludahkannya kerana ada halangan dan tanpa kecuaiannya. Jika tiada kesulitan sedemikian, puasanya batal disebabkan kecuaiannya.”  (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 2/78)

Ibnu Qudamah menyebut jika sisa makanan itu sedikit dan tidak mungkin diludahkan lalu tertelan, maka hal itu tidak membatalkan puasa kerana ia tidak dapat dicegah seperti air liur. Tetapi jika sisa makanannya banyak dan masih boleh diludahkan, maka perlu meludah. Jika ditelan, maka puasa telah rosak dan batal.

Daripada keterangan di atas, dapat difahami bahawa ada dua keadaan yang perlu dibezakan.

Pertama, jika sisa itu sedikit sehingga bercampur dengan air liur, sukar dibezakan lalu tertelan, maka ia tidak membatalkan puasa seseorang.

Kedua, jika sisa itu banyak dan mampu diludahkan, tetapi tidak diludah, maka ia membatalkan puasa. Ini adalah pendapat Mazhab Maliki, Syafie, Hanbali, Abu Yusuf dan Zufar. Wallahua’lam.

Sumber:

Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri. (2023). #1240: Sisa makanan dalam mulut ketika puasa. Maktabah Al-Bakri.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami