Gaya Hidup

Jangan Pandang Rendah Usaha Kecil Orang Lain Di Bulan Ramadan

Oleh Natirah Azira  •  23 Mar 2023  •  2 min baca

Alhamdulillah, kita sudah tiba di bulan Ramadan dan berpeluang menjadi tetamunya lagi kali ini. Masing-masing pasti sudah ada target dan juga strategi sendiri untuk memperbaiki diri di bulan mulia ini.

Ada yang memilih untuk mendekati masjid bersolat tarawih pada waktu malam. Ada yang ingin menjaga kesihatan dengan mengambil makanan seimbang. Ada juga yang ingin belajar hal-hal agama semula setelah lama meninggalkannya.

Syabas dan tahniah diucapkan atas keazaman dan usaha yang murni ini.

Dalam kita ghairah untuk memperbaiki diri dan memanfaatkan Ramadan, tidak pelik jika ada juga timbul di hati untuk mengajak sama orang lain untuk turut melakukan kebaikan. Sudah tentu sebagai Muslim kita mahu saudara seagama yang lain mengambil peluang yang telah Allah sediakan dalam bulan ini baik dari sudut kemuliaan dan keberkatannya.

Tetapi hati-hati, jangan sampai kita memandang rendah usaha orang lain kecil sahaja kerana tidak sama dengan standard usaha yang kita tetapkan buat diri sendiri. Jangan sampai kita bersangka-sangka mereka tidak serius dan mensia-siakan Ramadan. Bersangka baiklah, mungkin mereka perlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan rutin yang baru. Mungkin mereka juga berusaha tanpa kita tahu.

Apa yang penting adalah usaha kita untuk mengajak dan menasihati tanpa diselangi dengan syak wasangka, bebelan atau pandangan negatif pada apa yang mereka lakukan. Kerana akhirnya, Ramadan bukanlah tentang pertandingan siapa yang lebih banyak amal ibadahnya, tetapi satu ruang untuk kita melatih diri dengan amal baik supaya ia dapat diteruskan pada 11 bulan berikutnya.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami