Oleh Natirah Azira • 17 Mar 2023 • 4 min baca
Apabila jalan baru dilalui, adatnya memang akan hadir seribu satu macam perkara yang dirasai. Langkah pun belum begitu lancar dan laju. Sama juga apabila memilih perjalanan baru iaitu Islam. Sebagai Muslim sejak lahir, pendapat dan pandangan penulis tentang perkara ini pun mungkin tidak lengkap dan banyak lompongnya. Tetapi, semoga lima perkara di bawah dapat dijadikan panduan.
Memilih jalan hidup yang baru iaitu Islam barangkali perjalanan yang akan terasa sukar dan sunyinya. Rakan atau ahli keluarga mungkin ada yang kurang selesa untuk bergaul kerana cara pengambilan makanan dan minuman sudah berbeza, begitu juga dengan rutin lain seperti puasa dan solat lima kali sehari.
Kata seseorang, perjalanan ini juga ada fasa honeymoon, seperti pada waktu mula-mula kahwin. Akan terasa semangat dan keterujaan untuk mempelajari perkara-perkara baru dan tidak pernah diketahui sebelum ini. Anda akan rasa tenang, rasa disayangi Tuhan yang tak pernah dirasakan sebelum ini.
Tetapi iman tetap sahaja akan turun naik. Akan ada waktunya, kemalasan menerpa, tertinggal solat atau rasa sangat susah untuk memberi komitmen kepada semua perkara yang dituntut agama. Pada ketika inilah,
Apabila anda masuk Islam, tidak semua masalah akan selesai sekelip mata. Bukan dalam semua keadaan, ketenangan akan datang. Islam bukan agama magis yang akan menyelesaikan semua masalah sekelip mata. Walau bagaimanapun, anda dapat menemui cara dan perspektif baru yang tidak pernah dijumpai sebelum ini. Jika diteliti bait-bait kalamNya, Allah menyebut bahawa bersama-sama kesulitan, akan ada kemudahan. Dia juga mengatakan bahawa kesusahan, adalah ruang untuk menghapus dosa, manakala kesabaran pada ujian akan menjanjikan rahmat dan balasan yang tak disangka. Dalam agama ini, prinsip dan pegangan yang akan berubah yang akan membuat kita lebih cekal melalui ujian hidup.
Sekalipun terdapat banyak syariat yang perlu dipatuhi dalam agama Islam, usah rasa terbeban dengan jangkaan (expectation) pada diri sendiri mahupun daripada orang lain. Sebagamana anda rasa teruja untuk belajar perkara baru, ada sesetengah umat Islam juga teruja untuk mengajarkan perkara baru kepada anda.
Pada akhirnya, orang boleh mempersoalkan apa dan bagaimana cara yang anda lakukan, tetapi hanya anda sendiri tahu setakat mana kemampuan anda sekarang.
Jika mampu, terangkanlah bahawa anda seorang Muslim yang baru sahaja belajar tentang Islam, seterusnya fokus kepada usaha dan kemampuan diri sendiri.
Komunikasi adalah kunci lebih-lebih lagi apabila anda mungkin berhadapan masalah dengan orang terdekat yang masih tidak faham kenapa anda memilih jalan Islam ini.
Bersabarlah dengan orang di sekeliling, terutamanya keluarga. Mereka telah menjaga anda berpuluh tahun, maka sudah tentu masa diperlukan untuk menerima. Fahami ketakutan yang mereka rasakan apabila anda sudah berlainan agama dan cara hidup. Terangkanlah perlahan-lahan apa yang mereka tidak faham.
Anda tidak berseorangan, ada sebenarnya orang yang dapat menunjuk ajar dan membantu. Usah malu bertanya. Jika rakan tidak mahir dalam ilmu dan bidang agama, mungkin dia juga boleh mencadangkan sesuatu.
Anda berasal dari latar belakang yang unik dengan budaya yang unik sejak anda dibesarkan, termasuklah pemakaian dan juga apa yang dimakan.
Tidak ada satu pilihan yang sama dalam perkara ini. Yang ada hanyalah prinsip, iaitu tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Asalkan makanan itu halal, disediakan dengan cara yang dibenarkan dalam Islam, maka ia boleh dinikmati. Begitu juga dengan pakaian, selagi ia longgar, tidak nipis dan menutup aurat, maka ia boleh dipakai.
Malah, anda tidak perlu pun menukar nama kepada nama yang berbunyi ‘Islam’. Asalkan nama asal itu ada maksud yang baik, tidak membawa maksud yang menyalahi agama Islam, maka boleh dikekalkan nama asal. Menukar kepada nama baru juga dibolehkan dan hukumnya harus.
Rujukan:
Practical Advice for New Muslims form a Fellow Convert. Ayeina.com
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.