Interaksi dengan Al-Quran bukan hanya melalui pembacaan kalam-kalam Allah di dalamnya sahaja, malah termasuk cara menjaga dan beradab dengannya.
Menghina dan meremehkan Al-Quran pula adalah haram. Ia wajib dipelihara dan dimuliakan. Namun, bagaimana pula jika kita meletakkan Al-Quran atau naskhah Surah Yasin di bawah bantal ketika tidur? Mungkin sebahagian orang rasa ia lebih mudah dicapai dan dibaca sebelum dan selepas bangun daripada tidur.
Menurut ulama Al-Sayyid Umar bin Muhammad al-Biqa’ie, perbuatan yang dikira juga sebagai perendahan terhadap kemuliaan Al-Quran adalah menjadikannya alas kepala ketika tidur.
Pandangan ini selari dengan pendapat daripada para ulama mazhab Syafie, haram menjadikan mushaf A-Quran atau kitab-kitab agama yang selalunya mengandungi ayat Al-Quran sebagai bantal, kecuali jika takut ia dicuri. Pihak Mufti Wilayah Al-Quran menambah, larangan ini termasuklah hanya meletakkannya di bawah bantal ketika tidur walaupun bagi tujuan menghindarkan diri daripada gangguan jin.
Ada cara yang lebih benar yang diajarkan Rasulullah SAW untuk melindungi diri daripada gangguan ketika tidur iaitu membaca zikir-zikir, doa ma’thur dan bacaan Al-Quran yang diajar Rasulullah SAW seperti dua ayat terakhir surah Al-Baqarah dan 3 Qul. Wallahua’lam.
Sumber:
Luqman Tarmizi. (2023). Al-Kafi #1922: Hukum Tidur Berbantalkan Mashaf Quran Atau Meletakkannya Di Bawah Bantal. Mufti Wilayah Persekutuan.

