Berita

Permohonan Tauliah Mengajar Selangor – Tidak Ada Peluang Istimewa, Semua Penceramah Perlu Mohon

Oleh Natirah Azira  •  14 Mar 2023  •  1 min baca

Tauliah mengajar adalah tiket yang diperlukan oleh para penceramah menyampaikan ceramah agama di Selangor, bahkan di negeri-negeri lain di Malaysia. Ia dikelola oleh Majlis Agama Islam Negeri masing-masing.

Menurut Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, tidak ada penceramah yang mendapat peluang istimewa walaupun mereka adalah pempengaruh media sosial atau sudah dikenali ramai. Kesemua penceramah perlu melalui beberapa proses seperti ujian bertulis, temu duga, dan tapisan undang-undang sebelum dibawa ke Jawatankuasa Tauliah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Kenyataan ini ditegaskan beliau ekoran isu pembatalan ceramah Ustaz Azhar Idrus yang tidak mempunyai tauliah mengajar agama di Selangor baru-baru ini.

Syarat ini perlu dipenuhi oleh para penceramah agar mereka diyakini mahir dengan ilmu yang diajarkan, ilmu yang disampaikan tidak menyimpang daripada pegangan Al-Quran dan Al-Sunnah, serta tidak mempunyai isu-isu berbangkit yang boleh mencetuskan konflik di kemudian hari.

Permohonan tersebut boleh dibuat melalui laman web www.etauliah.mais.gov.my. Boleh juga menghubungi talian 03-55143513 untuk sebarang pertanyaan. Manual lengkap juga boleh dimuat turun sebagai rujukan.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami