Kesakitan datang tidak menentu, baik sakit yang ringan atau berat. Di musim cuaca yang kadang tak dapat dijangka, ada yang tiba-tiba sahaja boleh demam. Silap makan sedikit, perut pula meragam. Ada juga yang diuji dengan sakit yang lebih berat sehingga memerlukan rawatan yang panjang.
Namun, sakit itu penghapus dosa dan kesalahan. Begitu kata baginda Rasulullah SAW dalam sebuah riwayat yang sahih. Ini bukanlah bermakna tanda aras banyak atau sedikit dosa seseorang, tapi satu ruang daripada Allah untuk menghilangkan dosa yang ada. Hakikatnya kita hamba yang lemah yang akan kerap melakukan dosa.
Sebenarnya ada yang boleh kita lakukan apabila mengalami sakit-sakit ini, lebih-lebih lagi jika masih berkira-kira mahu berjumpa doktor atau dirasakan ringan dan boleh sembuh sendiri.
Ada satu kisah yang berlaku pada zaman baginda SAW, yang mana seorang sahabat iaitu Usman bin Abu Al-Ash Ats Tsaqafi mengadu kepada Rasulullah SAW bahawa dia mempunyai sakit sejak masuk Islam, lalu Rasulullah SAW mengajarkannya ayat ini.
Daripada Usman bin Abu Al ‘Ash Ats Tsaqafi bahawa dia mengadukan kepada Rasulullah SAW suatu penyakit yang dideritanya sejak ia masuk Islam. Maka Rasulullah SAW bersabda kepadanya: “Letakkan tanganmu di tubuhmu yang terasa sakit, kemudian ucapkan Bismillah tiga kali, sesudah itu baca tujuh kali:
(‘Audzubillahi wa qudrotihi min syarri ma ajidu wa uhaziru)
(Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaanNya dari penyakit yang aku derita dan aku cemaskan). (HR Muslim, no. 4082, Status Hadis Sahih)
Doa ini pendek dan mudah dihafal. Langkahnya pun mudah, iaitu meletakkan tangan di tempat yang sakit, membaca Al-Fatihah sebanyak tiga kali barulah membaca doanya.
Sakit itu datang daripada Allah, maka Allahlah yang berhak menghilangkan. Tidak ada yang mustahil bagiNya jika Dia mahukan ia berlaku. Semoga doa ini juga menjadi salah satu ikhtiar dalam kita mencari kesembuhan.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.