Oleh Natirah Azira • 3 Feb 2023 • 2 min baca
Dalam ajaibnya sebuah doa, ada juga misterinya. Kita tahu bahawa doa akan didengari Allah, tetapi kita tidak tahu dengan pasti adakah ia diterima dan akan dimakbulkan oleh Allah SWT sebagaimana yang kita minta.
Hal ini kerana, doa akan dikabulkan melalui tiga cara iaitu Allah akan mengabulkannya sama ada segera atau lambat, doa akan disimpan dalam bentuk pahala atau doa akan menjadi perisai musibah.
Berlegar juga sebuah hadis yang dikatakan Nabi SAW dengan riwayat Bukhari.
“Tiga keadaan, apabila engkau berdoa, ia akan diterima – apabila tubuh mula menggeletar, apabila ada ketakutan dalam hati dan apabila ada air mata.
Barangsiapa yang berkongsi pengetahuan ini, dia akan memiliki rumah di hadapanku di syurga”
Setelah disemak, kata-kata di atas bukanlah daripada Kitab Sahih Bukhari bahkan tidak terdapat dalam mana-mana catatan hadis yang sahih.
Menyandarkan suatu perkataan atau perbuatan yang tidak ada asalnya daripada Rasulullah SAW adakah suatu kesalahan yang berat. Seperti yang pernah dipesan oleh Rasulullah SAW sendiri bersabda bahawa:
Maksudnya: “Barangsiapa yang berdusta di atas namaku, maka siaplah tempatnya di dalam neraka.” [Riwayat al-Bukhari (107)]
Sebenarnya, ada syarat-syarat lain bagi doa seorang untuk dikabulkan iaitu makanan dan minuman, serta pakaiannya mestilah daripada sumber yang halal. Selain itu, dia juga mestilah berdoa dalam keadaan yakin akan dikabulkan serta tidak tergesa-gesa.
Sabar diperlukan dalam berdoa, bukan hanya sabar jika meminta perkara yang sama, tetapi sabar juga untuk menunggu ‘jawapan’ dari Allah. Tidak semestinya apa yang kita doakan itu baik untuk kita. Yakinlah bahawa Allah lebih tahu dan kenal diri kita dan apa yang kita perlukan di dunia ini.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.