Inspirasi

9 Pesanan Allah Pedoman Melalui Kehidupan

Oleh Natirah Azira  •  14 Jan 2023  •  2 min baca

Kehidupan ada banyak simpang. Simpang-simpang ini selalunya membuatkan kita terhenti sejenak, berfikir, menimbang sebelum meneruskan perjalanan. Ada simpang ketakutan, simpang kerisauan, simpang kesusahan dan bermacam lagi. Namun ketika anda berada di simpang ini, telitilah bait-bait kalimah daripada Tuhan ini.

#1- Ketika Melakukan Dosa

Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah Ali Imran, 3:31)

#2- Ketika Dalam Kerisauan

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (Surah Al-Baqarah, 2:45)

#3- Ketika Hilang Arah

Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Surah At-Taghabun, 64:11)

#4- Ketika Tidak Gembira

“Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu)…” (Surah Ali Imran, 3:139)

#5- Ketika Berasa Lemah

“…Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).” (Surah Al-Baqarah, 2:214)

#6- Ketika Rasa Takut Dan Keseorangan

“Allah berfirman: “Janganlah kamu takut, sesungguhnya Aku ada bersama-sama kamu; Aku mendengar dan melihat segala-galanya.” (Surah Taha, 20:46)

#7- Ketika Rasa Susah Memaafkan

“…dan sebaliknya hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu, tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan ingatlah Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani” (Surah An-Nur, 24:22)

#8- Ketika Rasa Susah Dalam Urusan

“Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; (Surah Taha, 20:25-26)

#9- Ketika Rasa Dengki Dan Dendam

“Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman,dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. “ (Surah Al-Hasyr, 59:10)

Di saat fikiran buntu dan hati keliru, kalimah terbaik yang boleh memujuk dan memeluk hati kita adalah kata-kata daripada Allah SWT, Pencipta kita sendiri. Dialah Yang Maha Tahu keadaan dan letak duduk hati kita saat itu. Semoga dengan kalimah-kalimah ini, kita mampu semula meneruskan jalan.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami