Berita

Arab Saudi Tarik Semula Sekatan Haji Berkait COVID-19 – Malaysia Mendapat Kuota Penuh

Oleh Natirah Azira  •  12 Jan 2023  •  1 min baca

Kementerian Umrah dan Haji Kerajaan Arab Saudi beberapa hari yang lalu, telah mengumumkan akan menarik penuh sekatan ibadah Haji yang berkait dengan COVID-19.

Menurut pihak kementerian, jumlah jemaah haji akan kembali seperti biasa sebelum sekatan dilakukan dengan keutamaan akan diberikan kepada mereka yang tidak pernah menunaikan Haji sebelum ini.

Sebelum COVID melanda, jumlah jemaah boleh mencapai angka 2.5 juta orang. Ekoran COVID, jumlah jemaah dihadkan hanya kepada 1000 orang dengan kawalan ketat, termasuk sekatan had usia. Bilangan ini kemudian meningkat kepada 60,000 orang (2021) khas untuk jemaah yang telah mengambil vaksin penuh.

Namun, pada tahun ini, jumlah jemaah haji akan kembali smeningkat ekoran sekatan yang telah ditarik balik. Manakala Malaysia telah menerima kuota penuh jumlah jemaah haji pada tahun 2023 iaitu seramai 31, 600 orang berbanding hanya 14,306 pada tahun sebelumnya.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami