Berita

Kini 22 Hotel Di Melaka Mendapat Sijil Pengesahan Halal – Setakat Disember 2022

Oleh Natirah Azira  •  10 Jan 2023  •  2 min baca

Status halal sesuatu tempat seperti restoran adalah komponen penting dalam Islam. Hotel tidak terkecuali, kerana hotel juga ada menyediakan perkhidmatan penyajian makanan kepada tetamu yang menginap.

Melaka antara negeri di Malaysia yang aktif mengemaskini senarai hotel yang memegang sijil pengesahan halal. Bahagian pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Melaka hari ini (9 Januari 2023) telah mengeluarkan senarai terkini hotel-hotel di Melaka yang memegang sijil pengesahan Halal.

Berikut adalah senarai nama hotel yang telah mendapat sijil pengesahan halal:

1. A’Famosa Resort Hotel Sdn Bhd
2. Ames Hotel
3. Amverton Heritage Resort
4. Bayou Lagoon Park Resort
5. Bayview Hotel Melaka
6. Hatten Hotel
7. Holiday Inn Melaka
8. Hotel Balik Pulau
9. Hotel Sentral Melaka
10. Hotel Sentral Riverview
11. Hotel Seri Costa
12. Imperial Heritage Hotel
13. Kings Green Hotel
14. Lacrista Hotel Melaka
15. MITC Hotel Melaka
16. Mudzaffar Hotel
17. Noble Resort Hotel Melaka
18. Puteri Bay Hotel Melaka
19. Swan Garden Hotel Melaka Sdn Bhd
20. Swiss Garden Hotel Melaka
21. The Strait Hotel & Suites
22. Tun Fatimah Riverside Hotel

Jumlah ini menunjukkan pertambahan sebanyak tiga buah hotel daripada senarainya pada bulan Ogos 2022.

Dengan adanya sijil halal ini, para pengunjung tidak perlu bimbang kerana tidak ada sebarang unsur yang haram seperti arak dan babi yang dibenarkan berada dalam ruangan penyediaan makanan hotel. Inilah syarat yang perlu dipatuhi oleh suatu premis seperti restoran dan hotel bagi memperolehi sijil pengesahan halal di Malaysia.

Pengumuman senarai secara berkala begini oleh pihak Jabatan Agama Islam Negeri akan memudahkan pengunjung hotel berasa lebih yakin untuk bercuti dan menggunakan khidmat yang disediakan pihak hotel.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami