Hukum

Rakan Susah Bayar Hutang, Bolehkah Ambil Semula Duit Tanpa Diketahui

Oleh Natirah Azira  •  4 Jan 2023  •  2 min baca

Perihal hutang kerap menimbulkan cemas di dada. Cemas bagi orang yang memberi pinjam kerana tidak tahu bagaimana ingin mengelak. Tak diberi, dikatakan kedekut. Cemas juga bagi orang yang meminjam, seandainya wang masih belum cukup untuk membayar semula.

Ramai juga berkongsi di media sosial susahnya untuk menuntut semula wang yang dipinjamkan kepada rakan. Seolah-oleh orang yang memberi pinjam pula perlu mengemis kembali duit sendiri.

Dalam hal ini, bolehkah seseorang mengambil semula secara senyap-senyap wang yang telah dipinjamkan kepada rakan? Apa pula hukumnya?

Satu istilah yang dinamakan ‘al-zafr bi al-haq’ yang bermaksud mengambil semula hak yang ditahan atau dirampas telah dibincangkan di laman web Mufti Wilayah Persekutuan.

Perkara ini disandarkan kepada dalil daripada Surah Al-Syura, ayat 40 dan juga kisah Hindun R.anha yang datang mengadu kepada Nabi SAW tentang suaminya Abu Sufyan yang kedekut. Hindun memberitahu ingin mengambil harta suaminya. Lalu Rasulullah SAW bersabda:


خُذِي مَا يَكْفِيكِ وَوَلَدَكِ بِالْمَعْرُوفِ

Maksudnya: Ambillah daripada hartanya sekadar yang mencukupkan keperluanmu dan anakmu. (Riwayat al-Bukhari, 7180)

Begitu juga dengan riwayat daripada ‘Uqbah bin Amir, bahawa baginda telah bersabda:

إِنْ نَزَلْتُمْ بِقَوْمٍ، فَأُمِرَ لَكُمْ بِمَا يَنْبَغِي لِلضَّيْفِ فَاقْبَلُوا، فَإِنْ لَمْ يَفْعَلُوا فَخُذُوا مِنْهُمْ حَقَّ الضَّيْفِ

Maksudnya: Jika kamu tinggal bersama satu kaum, lalu diberikan hak yang patut diberikan kepada tetamu, maka terimalah. Jika mereka tidak berbuat demikian, maka ambillah daripada mereka hak yang patut diterima oleh tetamu. (Riwayat al-Bukhari, 2461)

Justeru menurut nas Imam al-Syafie, seseorang berhak semula mengambil haknya yang tidak diberi. Menurut Syeikh Muhammad Sidqi Aali Borno pula, seseorang boleh mengambil semula duitnya yang telah dipinjamkan kepada orang tersebut dengan bentuk dan jenis yang sama, dan ia tidak dikira mencuri, kerana dalam hal ini dia telah dizalimi.

Menurut pihak mufti wilayah, hukum asal menuntut sesuatu hak adalah dengan membawa ke muka pengadilan. Namun jika pelbagai cara sudah diusahakan tetapi tidak ada kesan, maka barulah cara ini dibolehkan.

Ketahuilah beratnya kesan hutang yang tidak dibayar apabila Rasulullah SAW sendiri mengingatkan bahawa roh orang yang beriman akan tergantung disebabkan hutang yang belum langsai. Jangan menzalimi hak orang lain. Jika terpaksa berhutang atau meminjam, simpanlah azam untuk mendahulukan usaha melangsaikan hutang berbanding perkara lain yang tidak penting.

Sumber:

Luqman Tarmizi. (2022). Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-743: Rakan Liat Bayar Hutang, Bolehkah Ambil Wangnya Secara Sembunyi. Mufti Wilayah Persekutuan.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami