Berita

Qatar Ambil Peluang Promosi Islam Di Piala Dunia 2022

Oleh Natirah Azira  •  21 Nov 2022  •  1 min baca

Piala Dunia 2022 telah membuka tirainya malam tadi dan kali ini Qatar telah menjadi tuan rumah. Qatar yang merupakan negara Islam turut mengambil peluang mempromosikan Islam melalui temasya sukan bola sepak yang berlangsung empat tahun sekali ini. Antara usaha Qatar menonjolkan Islam di mata dunia ialah:

#1- Acara pembukaan perlawanan dan perasmian stadium baru dimulakan dengan bacaan Al-Quran.

#2- Sabda Rasulullah SAW dipaparkan di setiap sudut untuk mempromosikan keindahan Islam.

#3- Bilik hotel mempunyai kod bar yang memperkenalkan ajaran Islam, hadis dan penerangan ringkas tentang kepercayaan orang Islam.

#4- Muazzin masjid ditukar dan dibawakan muazzin yang mempunyai suara yang indah. Pembesar suara dipasang di stadium untuk laungan azan.

#5- Qatar Guest Centre menyediakan pasukan sebanyak 2000 orang untuk mengajak kepada Islam, di mana 10 kereta bergerak dan 10 khemah khusus diperuntukkan di sana.

#6- Pameran Islam oleh Kementerian Wakaf dalam pelbagai bahasa untuk pengunjung.

#7- Penyediaan ruang solat dan ruang wuduk dalam stadium buat kali pertama dalam sejarah Piala Dunia.

Selain daripada perkara ini, penceramah agama Dr. Zakir Naik turut dijemput memberikan perkongsian di temasya Piala Dunia 2022 di Qatar.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami