Wanita

Hati-hati Kaum Hawa, Usah Lambatkan Solat Sehingga Datang Haid

Oleh Natirah Azira  •  11 Nov 2022  •  2 min baca

Haid ialah rutin bulanan bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang normal. Ada yang mampu mengagak dengan lebih tepat tarikh seterusnya haid akan datang berdasarkan kitaran dan bilangan yang lalu.

Namun ada pula wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak tetap. Ditambah pula, tidak ada tanda-tanda seperti sakit perut, maka mungkin agak sukar untuk mengagak dan lebih bersedia.

Sebagai wanita Muslim, apabila bercakap tentang waktu haid, ia juga berkait rapat dengan ibadah khususnya solat. Umum mengetahui hukum haram untuk wanita solat apabila sedang dalam keadaan haid. Namun bagaimana pula jika waktu solat telah masuk tetapi seorang wanita melambat-lambatkan solat dan tiba-tiba haid datang.

Hukum Bagi Wanita Melewatkan Solat Sehingga Datang Haid

Dalam hal ini, penerangan daripada pihak Mufti Wilayah Persekutuan dirujuk. Terlebih dahulu hukum bagi solat diawal waktu adalah diharuskan tetapi tidak sampai ke tahap wajib. Jika seseorang telah berazam untuk solat sebelum habisnya waktu, maka dia tidak berdosa.

Sama juga keadaannya dalam hal haid, apabila seseorang wanita telah berazam untuk menunaikan solat sebelum habis waktu, dan tiba-tiba haid datang dan menghalanginya solat, dia tidak dianggap meninggalkannya dengan sengaja.

Wanita Kena Ganti Solat Atau Tidak

Seterusnya, jika tempoh antara waktu solat masuk dan waktu datang haid memungkinkan dia untuk solat, dalam kata lain mempunyai cukup waktu untuk menunaikan solat, maka wajib untuknya menggantikan semula solat tersebut.

Tetapi jika tempohnya tidak memungkinkan dia untuk menunaikan solat, mudahnya tidak sempat pun untuk menunaikan solat, maka tidak perlu qada’. Contohnya waktu masuk solat Asar ialah pada pukul 4.19 petang dan dia didatangi haid pada pukul 4.20, maka waktu tersebut terlalu singkat untuk memungkinkan dia solat, maka dikira tidak wajib qada’.

Solat di awal waktu adalah lebih baik daripada solat di hujung waktu, sekalipun tempoh bagi satu-satu solat itu masih panjang. Namun, Islam juga memberikan kelonggaran berdasarkan keadaan. Yang penting, telitilah waktu masuk solat, dan usah melambat-lambatkan solat agar tidak terlepas peluang untuk solat seandainya didatangi haid.

Rujukan:

Al-Hafiz bin Ishak. (2022). Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-718: Hukum Perempuan Melewatkan Solat Sehingga Datang Haid. Mufti Wilayah Persekutuan.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami