Gaya Hidup

Bila Sakit, Surah Apa Yang Boleh Diamalkan?

Oleh Natirah Azira  •  9 Nov 2022  •  2 min baca

Sakit, luka, cedera – keadaan yang membolehkan kudrat dan kemampuan seseorang manusia berkurang. Terseliuh kaki naik tangga lah, lebam lutut terlanggar meja dan macam-macam lagi. Jika ada yang menyediakan kotak kecemasan di rumah atau di tempat kerja, maka mudahlah untuk memberi rawatan awal sebelum ke klinik atau hospital. Jika di kampung, mungkin orang-orang tua akan membacakan ayat-ayat doa sebagai satu ikhtiar untuk berubat.

Sebenarnya, amalan membaca surah atau apa-apa doa ini memang ada asasnya dalam Islam. Ia bukanlah amalan yang direka-reka. Rasulullah SAW sendiri pernah menyuruh isterinya Aisyah untuk membaca beberapa potong ayat daripada Al-Quran sebagai ikhtiar ketika sakit.

عَنْ عَائِشَةَ – رضى الله عنها – قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – إِذَا أَوَى إِلَى فِرَاشِهِ نَفَثَ فِى كَفَّيْهِ بِقُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ وَبِالْمُعَوِّذَتَيْنِ جَمِيعًا ، ثُمَّ يَمْسَحُ بِهِمَا وَجْهَهُ ، وَمَا بَلَغَتْ يَدَاهُ مِنْ جَسَدِهِ . قَالَتْ عَائِشَةُ فَلَمَّا اشْتَكَى كَانَ يَأْمُرُنِى أَنْ أَفْعَلَ ذَلِكَ بِهِ

Dari ‘Aisyah R.anha, dia berkata, “Apabila Rasulullah SAW hendak tidur, beliau akan meniupkan ke telapak tangannya sambil membaca Qul Huwallahu Ahad (surat Al Ikhlas) dan Mu’awidzatain (Surat An Naas dan Al Falaq), kemudian beliau mengusapkan ke wajahnya dan seluruh tubuhnya. Aisyah berkata, “Ketika beliau sakit, beliau menyuruhku melakukan hal itu (sama seperti ketika beliau hendak tidur).”  (HR. Bukhari no. 5748)

Al-Quran ialah mukjizat kalam Allah sendiri yang terkandung syifa iaitu kesembuhan. Maka tidak mustahil sebenarnya untuk Allah memberikan keringanan sakit berkat kalamNya yang dibaca.

Walau bagaimanapun, membaca ayat-ayat Al-Quran ketika cedera atau sakit tidak menafikan usaha dari sudut perubatan moden. Ini adalah salah satu usaha yang juga perlu dilakukan sesuai dengan pesanan baginda juga agar tidak meletakkan diri dalam bahaya.

Justeru, pilihlah langkah yang dirasakan sesuai dan tepat menurut keadaaan, dalam masa sama tidak meninggalkan amalan sunnah Rasulullah SAW.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami