Ibadah

7 Waktu Yang Dianjurkan Bacaan Surah Al-Ikhlas

Oleh Natirah Azira  •  9 Nov 2022  •  3 min baca

#1- Waktu Pagi Dan Petang

Dari Muaz bin Abdullah bin Khubaib dari bapanya ia berkata;

“Pada malam hujan lagi gelap gelita kami keluar mencari Rasulullah SAW untuk solat bersama kami, lalu kami menemukannya. Beliau bersabda, “Apakah kalian telah solat?”

Namun sedikitpun aku tidak berkata-kata. Beliau bersabda, “Katakanlah“. Namun sedikit pun aku tidak berkata-kata. Beliau bersabda, “Katakanlah“. Namun sedikit pun aku tidak berkata-kata. Kemudian beliau bersabda, “Katakanlah“. Hingga aku berkata, “Wahai Rasulullah, apa yang harus aku katakan?” Rasulullah SAW bersabda, “Katakanlah (bacalah surah)

Qul Huwallahu Ahad dan Qul A’udzu Birobbinnaas dan Qul A’udzu Birobbil Falaq

ketika petang dan pagi sebanyak tiga kali, maka dengan ayat-ayat ini akan mencukupkanmu (menjagamu) dari segala keburukan.(HR. Abu Daud no. 5082 dan An Nasai no. 5428. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadis ini hasan)

#2- Ketika Sakit

Dari ‘Aisyah R.anha, dia berkata, “Apabila Rasulullah SAW hendak tidur, beliau akan meniupkan ke telapak tangannya sambil membaca Qul Huwallahu Ahad (Surah Al-Ikhlas) dan Mu’awidzatain (Surat An Naas dan Al Falaq), kemudian beliau mengusapkan ke wajahnya dan seluruh tubuhnya. Aisyah berkata, “Ketika beliau sakit, beliau menyuruhku melakukan hal itu (sama seperti ketika beliau hendak tidur).”  (HR. Bukhari no. 5748)

#3- Sebelum Tidur

Dari ‘Aisyah, beliau R.anha berkata,

Nabi SAW ketika berada di tempat tidur di setiap malam, baginda mengumpulkan kedua telapak tangannya lalu kedua telapak tangan tersebut ditiup dan dibacakan ’Qul huwallahu ahad’ (surat Al Ikhlas), ’Qul a’udzu birobbil falaq’ (surat Al Falaq) dan ’Qul a’udzu birobbin naas’ (surat An Naas).

Kemudian baginda mengusapkan kedua telapak tangan tadi pada anggota tubuh yang mampu dijangkau dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh bagian depan. Beliau melakukan yang demikian sebanyak tiga kali.” (HR. Bukhari no. 5017)

#4- Wirid Selepas Solat

Rasulullah SAW memerintahkan padaku untuk membaca mu’awwidzaat  di akhir solat (sesudah salam).(HR. An Nasai no. 1336 dan Abu Daud no. 1523. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadis ini sahih).

Menurut Imam Ibnu Hajar Al-Asqolani dalam Kitab Fathul Bari, mu’awwidzaat adalah surat Al Ikhlas, Al Falaq dan An Naas.

#5- Semasa Solat Sunat Qabliyah (sebelum) Subuh

Dari Aisyah R.anha, bahawa Rasulullah SAW solat dua rakaat sebelum subuh dan baginda berkata:

Sebaik-baik surah yang dibaca ketika dua rakaat qobliyah subuh adalah Qul yaa ayyuhal kaafirun (surat Al Kafirun) dan Qul huwallahu ahad (surat Al Ikhlash).” (HR. Ibnu Hajar Al-Asqalani – dalam Kitab Fathul Bari, 3/57 dengan sanad yang kuat)

#6- Semasa Solat Sunat Ba’diyah (selepas) Maghrib

Abdullah bin Mas’ud R.anhu mengatakan,

Aku tidak dapat mengira kerana sangat sering aku mendengar bacaan Rasulullah SAW membaca surah pada solat dua rakaat ba’diyah maghrib dan pada solat dua raka’at qobliyah subuh yaitu Qul yaa ayyuhal kafirun (surat Al Kafirun) dan qul huwallahu ahad (surat Al Ikhlas).(HR. Tirmidzi no. 431. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadis ini hasan sahih)

#7- Dalam Peperangan

Daripada `Uqbah bin `Amir al-Juhani RA berkata:

Maksudnya: Ketika mana aku memimpin kenderaan Rasulullah SAW dalam sebuah peperangan, tiba-tiba Baginda bersabda: “Wahai Uqbah, katakanlah,” Aku pun mendengarkan, kemudian beliau berkata (lagi):

“Wahai Uqbah, katakanlah,” Aku pun mendengarkan. Dan Baginda mengatakannya sampai tiga kali, lalu aku bertanya: “Apa yang perlu aku katakan?”

Baginda pun bersabda: “Katakan قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ”, lalu Baginda membacanya sampai selesai. Kemudian Baginda membaca قُلْ أَعُوْذُ بِرَبِّ الفَلَقِ, aku pun membacanya bersamanya hingga selesai. Kemudian Baginda membaca قُلْ أَعُوْذُ بِرَبِّ النَّاسِ, aku pun membacanya bersamanya hingga selesai.

Kemudian Baginda bersabda: “Tidak ada seorang pun yang berlindung (dari segala keburukan) seperti orang orang yang berlindung dengannya (tiga surat) tersebut” (Hadis riwayat Imam al-Nasaie, no.5430)

Rujukan:

Muhammad Abduh Tuasikal. (2010). 9 Waktu Dianjurkan Membaca Surah Al-Ikhlas. Rumaysho.com


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami