Fenomena gerhana bulan akan berlaku apabila bumi berada di tengah-tengah antara matahari dan bulan. Ketika bulan melintasi masuk ke dalam bayang-bayang bumi yang dipanggil umbra, pada waktu itu cahaya bulan akan berubah menjadi kemerah-merahan dan akan hilang apabila bulan telah melepasi bumi.
Apabila fenomena ini berlaku, umat Islam disarankan untuk melakukan solat sunat gerhana bulan. Solat ini juga menjadi amalan sejak zaman Nabi Muhammad SAW lagi. Ia adalah satu bentuk pengabdian dan pengakuan bahawa Allah juga yang berkuasa menjadikan fenomena alam ini berlaku. Solat sunat gerhana dilakukan sebanyak dua rakaat, dengan empat rukuk dan empat kali sujud. Berikut tatacara solat tersebut:
1. Lafaz Niat
(Solat bersendirian)
Maksudnya: “Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”
(Solat berjemaah)
Maksudnya: “Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat sebagai imam/makmum kerana Allah Taala.”
2. Takbiratul Ihram
3. Membaca Surah Al-Fatihah
4. Membaca Surah Al-Baqarah (atau mana-mana surah tambahan)
5. Rukuk dan membaca tasbih (rukuk yang panjang kira-kira 100 ayat)
6. I’tidal kemudian membaca kembali Surah Al-Fatihah
7. Membaca Surah Ali-Imran (atau mana-mana surah)
8. Rukuk kali kedua dan membaca tasbih (rukuk yang panjang kira-kira 90 ayat)
9. Iktidal
10. Sujud dan membaca tasbih (sujud yang panjang)
11. Duduk antara dua sujud
12. Sujud kembali (sujud yang panjang)
13. Berdiri untuk rakaat kedua
1. Takbiratul Ihram rakaat ke-2
2. Membaca Surah Al-Fatihah
4. Membaca Surah Al-Nisa’ (atau mana-mana surah)
5. Rukuk dan membaca tasbih (rukuk yang panjang kira-kira 70 ayat)
6. Iktidal kemudian membaca kembali Surah Al-Fatihah
7. Membaca Surah Al-Maidah (atau mana-mana surah)
8. Rukuk kali kedua dan membaca tasbih (rukuk yang panjang kira-kira 50 ayat)
9. Iktidal
10. Sujud dan membaca tasbih (sujud yang panjang)
11. Duduk antara dua sujud
12. Sujud kembali (sujud yang panjang)
13. Membaca tahiyyat akhir
14. Memberi salam
Untuk solat secara berjemaah, disunatkan untuk membaca dua khutbah selepas solat sunat gerhana sebagaimana dua khutbah Jumaat lengkap dengan rukun dan syarat-syaratnya.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.