Punca kebaikan ialah hati yang baik. Baik hatinya, maka baiklah seluruh anggota badan iaitu kelakukan yang akan terbit darinya. Namun bagaimana pula jika hati terasa keras?
Allah pernah membandingkan hati yang keras ini seperti batu, bahkan hati yang keras boleh lebih teruk daripada batu, kerana ada juga batu yang boleh memancarkan air.
Imam Al-Alusi pernah mengulas dan menyebut bahawa hati yang keras ialah hati yang tidak mahu tunduk dan khusyuk dalam menerima kebenaran Al-Quran.
Namun bagaimana untuk tahu bahawa hati sudah menjadi keras? Berikut lima perkara sebagai panduan.
Hati yang semakin keras semakin memandang remeh kepada amalan-amalan ketaatan. Seseorang mungkin berpandangan bahawa amalan-amalan ketaatan tak perlu dibuat kerana diri sudah baik dan tidaklah sejahat orang lain. Dalam situasi lain, dosa serta maksiat semakin dipandang kecil dengan alasan Allah Maha Pengampun.
Orang yang beriman kata Allah, apabila dibacakan kalam-kalamNya, hati akan terasa gementar, kerana takut kepada ancaman yang Allah nyatakan. Pada pesanan yang memujuk dan lembut pula, hati akan terasa tenang dan damai.
Allah menimpakan ujian dan musibah untuk menguji manusia, tujuannya untuk manusia mengambil pelajaran dan kembali semula kepadaNya. Tetapi orang yang hatinya semakin keras, tidak bertaubat malah semakin ingkar. Allah mengingatkan dalam Surah At-Taubah ayat 126 bahawa orang-orang munafik yang diuji, mereka tetap tidak bertaubat dan tidak mengambil pelajaran.
Rasulullah SAW pernah mengingatkan bahawa menuju ke akhir zaman, umat Islam akan menjadi lebih lemah daripada musuh. Umat Islam juga akan ditimpa penyakit ‘wahn’ iaitu cintakan kepada dunia dan takut kepada mati.
Dalam Islam yang halal dan haram itu jelas. Yang makruh juga ada dinyatakan. Perkara yang membawa keburukan juga hukumnya buruk. Tetapi apabila hati semakin mengeras, banyak perkara haram dihalalkan dan banyak perkara halal yang diharamkan. Umat Islam kurang berhati-hati dalam setiap tindakan, sedangkan hati-hati itu adalah sifat orang yang bertakwa.
Sebagaimana manusia memiliki sifat, hati juga mempunyai sifat dan keadaan yang berubah-ubah. Adakala ia sihat, ada masa ia boleh ditimpa sakit. Hati yang sakit jika dibiarkan lama-kelamaan akan menjadi keras dan terhalang daripada cahaya kebenaran. Ia perlu sentiasa dibersihkan, digilap, diservis agar degupannya akan sentiasa membuahkan iman dan ketaatan.
Rujukan:
Ustaz Said Yai Ardiansyah. Hinanya Hati Yang Keras. Almanhaj.or.id
Admin PMWP. (2018). Al-Kafi #1007: Kenapa Hati Masih Keras Ketika Membaca Al-Quran. Mufti Wilayah Persekutuan.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.