Ibadah

Bahasa Yang Digunakan Dalam Kubur Ketika Malaikat Menyoal

Oleh Natirah Azira  •  26 Oct 2022  •  2 min baca

Apabila seorang anak Adam mati, maka dia tidak akan terlepas daripada ditanya oleh Malaikat Munkar dan Nakir tentang beberapa perkara. Ia persoalan yang sering diingatkan ketika masih di atas dunia lagi iaitu tentang siapa Tuhan, apa agama dan siapa Nabi yang diikuti.

Perkara ini jelas diceritakan melalui pengalaman para sahabat bersama Rasulullah SAW sendiri. Ia diriwayatkan daripada al-Barra bin ‘Azib RA, katanya:

Kami keluar bersama Nabi SAW menghantar mayat seorang lelaki daripada Ansar. Maka kami tiba di tanah perkuburan (dan pada masa itu) kubur sedang digali liang lahadnya. Kemudian Rasulullah duduk, dan kami duduk di sekelilingnya. (suasana sangat tenang) seolah-olah ada burung di atas kepala kami. Dan di tangan baginda terdapat sebatang kayu yang dipukulnya ke tanah. Kemudian baginda mengangkat kepalanya dan berkata:

Maksudnya: Mohonlah perlindungan daripada Allah daripada azab kubur (baginda mengucapkan sebanyak dua kali ataupun tiga kali). Sesungguhnya dia apabila mendengar tapak selipar meninggalkan kuburnya, maka dikatakan kepadanya: wahai kamu, siapa tuhan kamu, apa agama kamu dan siapa Nabi kamu?

Tetapi adakah persoalan ini dapat difahami oleh semua manusia? Walhal, ketika di dunia masing-masing bercakap dalam bahasa yang berbeza-beza.

Para ulama berbeza pendapat dalam hal ini. Sebahagian daripada mereka mengatakan bahawa bahasa yang akan digunakan ialah bahasa Suryani, iaitu satu bahasa Aram Timur, yang dipertuturkan oleh komuniti Kristian di Timur Tengah. Ia juga dipanggil bahasa Aramia. Walau bagaimanapun, tidak ada nas qat’ie yang menyatakan hal ini.

Pihak Maktabah Al-Bakri (Dr.Zulkifli Mohamad Al-Bakri), berpandangan bahawa bahasa yang akan digunakan ialah bahasa Arab, tetapi turut bersetuju dengan pandangan Syeikh Ahmad al-Syarbasi di dalam kitabnya Yas alunaka fi al-Din wa al-Hayah bahawa Allah SWT sahajalah yang mengetahui hakikat sebenar yang berlaku di sana.

Malaikat pasti akan bertanya dengan bahasa yang difahami oleh si mati. Proses menjawab soalan Munkar dan Nakir ini akan menjadi mudah jika si mati ialah seorang yang soleh. Sebaliknya, jika si mati seorang yang kafir dan derhaka.

Sekalipun soalan telah bocor, dan jawapan telah kita sedia tahu, tetapi ia tidak bermakna kita mampu menjawab dengan mudah. Kerana yang menentukan nanti adalah amalan kita semasa di dunia. Walau dengan bahasa apa pun yang akan digunakan kelak, peliharalah amal baik sewaktu di dunia agar mudah jawapan yang akan diberikan kepada Malaikat Munkar dan Nakir.

Sumber:

Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri. (2022). #676 Bahasa Yang Digunakan Di Dalam Kubur Ketika Disoal Malaikat. Maktabah Al-Bakri.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami