Tidur ialah kerehatan bagi manusia. Ia masa untuk badan dan minda yang penat mendapat rehat yang secukupnya sebelum melalui lagi hari yang baru keesokannya.
Kadang-kala, walau tidur sudah lama, tetapi cara bangun tidur yang tidak betul boleh memberi kesan kepada diri sepanjang hari. Ada yang bangun tergopoh-gapah sehingga kepala pula pening, ada yang tidak menjaga kebersihan diri sebelum menunaikan solat Subuh dan sebagainya.
Jadi, kali ini Tzkrh ingin berkongsi pula adab atau tatacara bangun tidur yang menjadi amalan Rasulullah SAW.
Diriwayatkan oleh Abdullah Ibnu Abbas dalam satu hadis tentang amalan mengusap bekas kantuk yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Berikut potongan hadis:
“…Rasulullah SAW bangun dari tidur, kemudian baginda duduk, lalu mengusap bekas kantuk yang ada di wajahnya dengan tangannya” (HR Bukhari, 183)
Kebiasaan Nabi SAW juga akan membaca doa bangun daripada tidur yang berbunyi:
Dari Huzaifah, ia berkata: Apabila Nabi SAW hendak tidur, beliau mengucapkan: ‘Bismika amuutu wa ahya’ (Dengan namaMu, Ya Allah aku mati dan aku hidup). Dan apabila bangun tidur beliau mengucapkan: ‘Alhamdulillahilladzii ahyaana ba’da maa amaatana wa ilaihinnusyuur (Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami, dan kepadaNya lah kami kembali). (HR. Bukhari, no.6312)
“… baginda duduk lalu mengusap bekas kantuk yang ada di wajahnya dengan tangannya, kemudian baginda membaca 10 ayat terakhir Surah Ali-Imran.”(HR Bukhari, no 183)
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila kalian bangun tidur maka janganlah dia mencelupkan tanggannya ke dalam wadah (bekas air) sebelum dia mencucinya tiga kali, kerana dia tidak mengetahui di mana tangannya semalam berada.” (HR. Muslim, 278)
Sahabat Nabi SAW, Huzaifah menceritakan bahawa;
Nabi SAW apabila bangun malam, beliau membersihkan mulutnya dengan bersiwak. (HR Bukhari, 245 & Muslim, 255)
Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila kalian bangun tidur maka bersihkan bahagian dalam hidung tiga kali kerana syaitan bermalam di rongga hidungnya.” (HR. Bukhari, 3295, & Muslim, 238)
Rasulullah SAW sangat menekankan keteraturan dalam kehidupan seharian sehingga perbuatan bangun tidur pun ada tatacara dan aturannya. Kita ingin mulakan hari yang baru dengan keberkatan dan kebaikan, maka seharusnya amalan Rasulullah SAW ini dicontohi.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.