Inspirasi

3 Tanda Anda Perlu Belajar Kemahiran Komunikasi Yang Sihat

Oleh Natirah Azira  •  19 Oct 2022  •  2 min baca

Selama ini saya berfikir saya seorang yang mudah dibawa berbincang apabila sesuatu konflik berlaku. Fikir saya, saya seorang yang mudah menerima kritikan yang membina dengan lapang dada.

Dahulu, banyak kata-kata orang yang boleh menyebabkan saya triggered atau mudah terasa. Setiap kata-kata yang tidak selari dengan prinsip dan pemahaman saya kepada diri sendiri, saya tafsirkan sebagai ‘serangan’, mencalar ego dan bertujuan meruntuhkan semangat saya. Betapa rapuhnya sistem kepercayaan saya pada waktu itu.

Tetapi apabila masuk dan mendalami sendiri bidang kaunseling membuatkan saya sedar satu perkara, kemahiran komunikasi tidak sepenuhnya dikuasai walaupun pengalaman hidup semakin banyak. Ia perlu dipelajari.

Namun sebelum kita belajar kemahiran komunikasi, ada hal lebih penting yang perlu dibuat iaitu mengakui bahawa kita ada isu komunikasi dengan orang. Bagaimana untuk mengetahuinya? Berikut tiga perkara yang boleh disemak:

#1- Anda Selalu Terlibat Dengan Corak Pergaduhan Yang Sama Berkali-kali

Anda selalu terlibat dengan corak pergaduhan yang sama berkali-kali. Contohnya kerap menyalahkan dan menuding jari pada orang lain apabila bergaduh, menggunakan kata-kata kesat dan menyerang personaliti orang.

Jika hal ini berlaku, bermakna anda belum mempunyai kemahiran menyelesaikan konflik dengan efektif.

#2- Anda Mengelak Berbincang Topik Tertentu

Anda tidak mahu bergaduh dan tidak mahu berdepan dengan perasaan yang tidak selesa, disebabkan itu anda elak daripada berbincang hal yang pada anda sensitif.

Walhal, tindakan mengelak ini boleh memberi kesan dari sudut lain seperti tidak ada pertautan emosi, rasa semakin jauh dengan seseorang dan juga yang paling jelas ialah rasa tidak gembira.

#3- Anda Kerap Rasa Tidak Difahami, Tidak Didengari atau Dilihat

Tanda ketiga ialah anda selalu rasa orang tidak faham anda, dan orang tidak dengar apa yang anda cuba sampaikan. Sama juga dengan orang yang dilawan bercakap, mereka juga mungkin rasa tidak difahami dan tidak didengari.

Dan hal ini mencalar ego dan mungkin akan menyebabkan perasaan-perasaan lain datang seperti rasa bersendirian, dan tidak terhubung (disconnected).

Tidak dinafikan, boleh jadi orang itu sendiri yang mempunyai masalah komunikasi, atau boleh jadi juga anda masih belum mampu menyampaikan mesej dengan baik.

Kesimpulan

Dalam komunikasi, menunjukkan siapa salah dan siapa betul bukanlah tujuan utama, tetapi mesej dan maklumat mampu disampaikan dengan cara yang paling berkesan. Justeru jika perkara-perkara yang diterangkan di atas sedang anda lalui, mungkin ini masanya kita mengakui ada sesuatu yang perlu diubah dengan cara komunikasi.

Rujukan:

Caitlin Cantor. (2022). 3 signs you need to learn healthier communication skills. Psychology Today.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami