Oleh Natirah Azira • 17 Oct 2022 • 3 min baca
Teh ialah minuman universal. Di mana-mana sahaja, teh menjadi minuman pilihan sama ada dalam versi yang klasik (rendaman teh sahaja) atau yang telah diubah suai dengan ramuan yang pelbagai. Kali ini Tzkrh ingin berkongsi beberapa jenis teh daripada negara-negara Islam di dunia.
Teh ini dibuat dengan merendam teh hijau yang telah dimampat dan dikeringkan (Chinese gunpowder tea) ke bentuk palet-palet kecil bersama sejumlah daun pudina. Jenis daun pudina yang popular digunakan pula adalah dari jenis Spearmint dipanggil na’na dalam bahasa Maghribi. Selain daun pudina, campuran herba lain juga kadang-kadang digunakan seperti daun thyme, daun wormwood dan daun sage.
Teh hitam yang dipanggil chai dalam bahasa Parsi, ialah antara minuman yang sangat popular di Iran. Ia bukan hanya sekadar minuman tetapi budaya masyarakat Parsi sendiri. Teh hitam akan direbus bersama buah pelaga bagi membangkitkan rasa chai Parsi sebenar.
Teh hitam berempah pula menjadi pilihan di Somalia. Teh ini akan direbus bersama campuran buah pelaga, halia, kulit kayu manis dan gula, bergantung kepada rempah apa yang dimahukan. Susu akan ditambah kemudiannya jika diinginkan dan dipanggil shaah cadays. Ia biasanya diminum ketika casariya, satu tradisi minum petang di sana.
Manakala teh ini pula lebih dipilih di bahagaian utara Mesir. Aroma dan rasanya lebih ringan, dengan campuran teh yang ringkas iaitu hanya merendam daun teh di dalam air panas. Gula ditambah sesuai kemahuan. Kadang-kala daun pudina ditambah untuk membangkitkan rasa yang lebih segar.
Masala dalam bahasa Pakistan bermaksud rempah ratus. Ia dihasilkan dengan campuran daun teh hitam, susu dan rempah ratus yang membangkitkan bau yang pelbagai seperti kulit kayu manis, bunga lawang dan juga gula. Berbeza dengan teh Somalia, teh ini biasanya direbus terus bersama susu.
Teh yang dipanggil Zhourat (bunga) pula ialah teh herba dari sebelah Lubnan dan Syria yang dihasilkan dengan campuran teh dan bunga-bunga kering. Antara campuran bunga dan herba yang sering digunakan ialah kelopak bunga ros, lavender, bunga raya, chamomile, daun oregano kering, spearmint dan lemon verbena.
Teh di Afghanistan pula dipanggil qahwah, hasil campuran teh hijau dengan buah pelaga, kayu manis dan safron. Ada juga yang mencampurkannya dengan halia dan badam.
Teh turki pula ialah dari jenis teh hitam dengan rasa lebih pahit. Ia diminum pada bila-bila masa di sana sama ada pada hari panas terik, pada musim sejuk, ketika menyambut tetamu atau pada waktu-waktu untuk berehat. Ia agak istimewa kerana penyediaan tehnya dalam cawan yang berbentuk bunga tulip.
Itulah antara jenis-jenis teh yang pelbagai dari negara-negara Islam. Jika anda inginkan kelainan selain teh kosong yang sering diminum, anda juga boleh cuba membuat teh-teh di atas sendiri di rumah.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.