Semalam (28 Ogos 2022), Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dengan kerjasama Jabatan Laut Malaysia dan Pelabuhan Tanjung Beruas telah melaksanakan proses pelupusan abu Al-Quran sebanyak 5 tan ke laut.
Proses ini dimulakan dengan pembakaran teks Al-Quran melalui relau pembakaran dilengkapi dengan mesin perincih (shredder) dan crusher. Proses pembakaran dilakukan secara tertutup dan jauh daripada kawasan perumahan dan sekolah. Abu Al-Quran kemudian akan dimampatkan dan dibentukkan ke dalam bentuk bongkah sebelum dilupuskan ke laut.
Proses pelupusan Al-Quran diperlukan apabila Al-Quran telah rosak dan tidak lagi dapat digunakan. Ia mestilah dilupuskan dengan cara yang elok demi menjaga kesucian mushaf.
Setiap tahun, pelupusan Al-Quran dan kitab yang rosak akibat banjir boleh mencapai sehingga ratusan tan di seluruh negara. Proses ini dilakukan bukan sahaja oleh Jabatan Agama Islam Melaka, malah Jabatan Agama Islam Kelantan, Terengganu, dan Pahang.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.