Oleh Natirah Azira • 23 Aug 2022 • 3 min baca
Kegagalan disebut apabila seseorang tidak berjaya mencapai matlamat yang dimahukan. Ada yang mentafsir kegagalan sebagai kekalahan dan perkara yang memalukan. Ada juga yang melihat kegagalan sebagai ruang pembaikan diri, ruang untuk lebih menjadi baik. Ia bergantung kepada perspektif dan bagaimana cara kita melihatnya.
Namun, dalam kisah kegagalan ini, bukan kita sahaja yang menempuhnya, malah para rasul dan nabi terdahulu juga. Mari kita lihat bagaimana mereka berhadapan dengan kegagalan.
Musuh manusia sejak azali ialah Iblis, yang telah berjaya memperdayakan bapa keturunan manusia Nabi Adam sehingga Nabi Adam dan isterinya Hawa diturunkan ke bumi. Nabi Adam AS tahu bahawa dia telah tersilap langkah dan telah membuat silap tetapi lihat apa yang Nabi Adam katakan kepada Allah.
Surah Al-A’raf ayat 23:
Maksudnya: Mereka berdua merayu: “Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi”.
Nabi Adam AS tidak bersikap ‘play-victim’ seperti menyalahkan Allah kerana mencipta iblis yang bertindak menyesatkan, tetapi mengakui kesalahan dan menerima akibat yang akan diberikan oleh Allah SWT.
Kisah Nabi Yunus AS juga menarik jika kita ingin belajar tentang bagaimana baginda baginda berhadapan dengan kesilapan dirinya. Baginda asalnya tersilap percaturan melarikan diri daripada kaumnya dalam keadaan marah kerana mereka tidak mengikut dakwah baginda walau telah 30 tahun menyampaikan pesan.
“Dan (sebutkanlah peristiwa) Zun-nun, ketika ia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan ia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan…” (Surah Al-Anbiya, 21:87)
Nabi Yunus AS kemudiannya ditelah ikan Zun-nun. Di dalam perut ikan, baginda bermuhasabah dengan memikiran kembali silap yang telah dilakukan. Baginda sedar bahawa baginda telah menganiayai diri sendiri lalu memohon ampun kepada Allah SWT.
Maksudnya: “Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau! Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang menganiaya diri sendiri”. (Surah Al-Anbiya, 21:87)
Nabi Yusuf AS ialah salah seorang rasul yang mempunyai perjalanan hidup yang sangat bersimpang siur. Sejak kecil baginda dicemburui oleh adik beradik kerana dianggap lebih disayangi ayahnya.
Kemudian, kerana rasa iri hati itu, Nabi Yusuf AS dicampak ke dalam telaga, kemudian diambil dan dijual sebagai hamba, pernah dimasukkan ke dalam penjara dan akhirnya diangkat kembali martabat baginda sebagai bendahari yang menguruskan khazanah Mesir.
“…Dan sesungguhnya Ia (Allah) telah melimpahkan kebaikan kepadaku ketika Ia mengeluarkan daku dari penjara; dan Ia membawa kamu ke mari dari dosa sesudah Syaitan (dengan hasutannya) merosakkan perhubungan antaraku dengan saudara-saudaraku. Sesungguhnya Tuhanku lemah-lembut tadbirNya bagi apa yang dikehendakiNya; sesungguhnya Dia lah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana” (Surah Yusuf 12:100)
Maksud: “Maka (Nabi Musa pun berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan.” (Surah Al-Qasas, 28:24)
Ketika Nabi Musa AS telah melarikan diri dari bahaya dan sampai ke suatu kawasan perkampungan, dalam keadaan serba kekurangan baginda mengucapkan doa di atas. Lalu Allah SWT mendatangkan kepada baginda dua orang wanita yang memerlukan pertolongan untuk memberi meniman ternakan. Dengan asbab itu juga akhirnya baginda mendapat pekerjaan dan berkahwin.
Kesilapan dan kegagalan yang dihadapi para rasul ini bukan perkara yang kecil tetapi kesilapan dan kegagalan dalam misi dakwah sebagai Nabi dan Rasul. Mereka pernah berputus asa, pernah disakiti, pernah melakukan kesalahan, tetapi tidak sesekali berputus asa dan menyalahkan diri sendiri. Mereka menerima kesalahan dan tanggungjawab dan mencuba lebih baik lagi.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.