Hukum, Ibadah

Solat Sunat 6 Rakaat Selepas Maghrib Bersamaan Pahala Ibadah 12 Tahun?

Oleh Natirah Azira  •  18 Aug 2022  •  2 min baca

Seorang Muslim yang sedar tentang hakikat Iman dan Islam sentiasa mencari cara untuk menambah baik amalan, khususnya dengan amalan sunat tambahan.

Walau bagaimanapun dalam mengerjakan amalan berupa ibadah, perlulah ia bersandarkan kepada dalil yang sahih. Sebaiknya dirujuk kepada para ulama yang faqih dan faham tentang disiplin ilmu hadis.

Hal ini juga telah ditegaskan oleh Rasulullah SAW semasa hayatnya lagi. Nabi SAW bersabda:

مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ

Maksudnya: “Barangsiapa yang berdusta di atas namaku, maka siaplah tempatnya di dalam neraka.” [Riwayat al-Bukhari (107)]

Tegas Rasulullah SAW mengingatkan bahawa orang yang menyandarkan sesuatu kepada diri baginda, yang mengatakan Rasulullah SAW telah berkata sekian perkara, mereka adalah orang yang berdusta dan tempatnya kelak di neraka.

Berbalik kepada tajuk artikel kali ini, pihak Tzkrh sekali lagi ingat mengupas kesahihan satu hadis yang ada menyebutkan tentang fadilat solat sunat awwabin iaitu solat sunat yang dilakukan selepas menunaikan solat ba’diah (selepas) Maghrib.

Hadis tersebut berbunyi sebagaimana berikut:


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَلَّى بَعْدَ الْمَغْرِبِ سِتَّ رَكَعَاتٍ لَمْ يَتَكَلَّمْ فِيمَا بَيْنَهُنَّ بِسُوءٍ عُدِلْنَ لَهُ بِعِبَادَةِ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ سَنَةً

Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW telah bersabda ; “Sesiapa yang bersembahyang enam rakaat sesudah Maghrib tiada diselang antaranya dengan sesuatu percakapan nescaya samalah pahalanya dengan ibadat dua belas tahun.” (Riwayat Ibnu Majah, Ibn Khuzaimah dan At-Turmuzi.)

Apabila disemak, hadis ini jelas bertaraf daif. Para ulama berbeza pendapat bagaimana untuk beramal dengan hadis daif. Ada yang meletakkan syarat untuk beramal dengannya dan ada pula yang memutuskan bahawa memang tidak boleh dijadikan hujah dalam hukum atau fadhoil ‘amal.

Untuk lebih penerangan, boleh rujuk laman web Mufti Wilayah Persekutuan.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami