Inspirasi

Zikir Masih Diterima Walau Hati Tidak Khusyuk

Oleh Natirah Azira  •  9 Aug 2022  •  2 min baca

Fikiran kita begitu mudah melompat dari satu perkara ke satu perkara. Apabila tangan mula mengangkat takbir dalam solat atau ketika duduk di tikar sejadah membaca doa dan zikir sekalipun, fikiran boleh melayang memikirkan hal-hal yang berlaku hari ini – dihon sewaktu masuk simpang, abang kedai salah beri pesanan dan 1001 macam babak kehidupan lagi.

Sehingga mungkin terbit soalan di benak, bernilaikah zikir yang diucapkan dalam keadaan hati yang lalai. Fikir kita, ia sekadar di bibir, tidak meresap jauh ke dalam diri atau memberi kesan pada sanubari.

Tetapi, sebagai umat Islam, mengingati Allah adalah amalan yang digesa walau dalam keadaan berdiri, duduk, atau berbaring. Bermakna, zikir tidak boleh ditinggalkan. Dalam apa jua keadaan pun kita masih perlu berusaha mengingati Allah.

Syeikh Ibn Ataillah Al-Iskandari Rahimahullah berkata:

Maksudnya: “Janganlah engkau tinggalkan zikir hanya kerana gagal menghadirkan hati bersama Allah ketika berzikir, kerana lalai daripada berzikir lebih bahaya daripada lalai ketika berzikir. Mudah-mudahan (kerana sebab itu) Allah akan mengangkat darjatmu daripada berzikir yang lalai kepada zikir yang sedar”. (Rujuk Syarah Hikam al-Ataiyyah hal. 55)

Justeru, sebagai umat Islam, kita diingatkan untuk tidak meninggalkan zikir sekalipun hati tidak benar-benar fokus dengan zikir yang diucapkan. Ia adalah lebih baik daripada tidak berzikir langsung.

Tidak mustahil apabila kita melazimi zikir berkali-kali, akhirnya rasa khusyuk datang dan Allah mencampakkan kesedaran dalam hati.

Orang yang berzikir tetap mendapat pahala walaupun tidak mengetahui maknanya, namun sudah tentu jalan yang lebih baik adalah menambah baik kualiti amalan zikir dengan memahami dan menghayati apa yang diucapkan.

Rujukan:
Umar Mukhtar Mohd Noor. Jangan Tinggal Zikir Sekalipun Tidak Khusyuk. Mufti Wilayah Persekutuan.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami