Berita

Zakat Fitrah Ditetapkan Sebanyak RM7 Seorang Di Selangor Untuk 2022

Oleh Firdaus  •  28 Mar 2022  •  1 min baca

Lembaga Zakat Selangor kini mengumumkan yang mana kadar zakat fitrah di negeri Selangor untuk Ramadan tahun 2022 ini adalah sebanyak RM7 seorang.

Kadar zakat fitrah yang ditetapkan adalah sebanyak RM7 berdasarkan kepada harga bagi 2.6 kilogram beras Super Tempatan Gred A, yang lazim digunakan ramai.

Namun, sekiranya individu memakan beras putih import, beras perang, beras pulut, atau beras herba ponni, kadar zakat fitrah yang ditetapkan adalah sebanyak RM14 seorang.

Sekiranya individu berkenaan memakan beras basmathi, beras jepun atau beras merah, kadar yang ditetapkan adalah RM21 seorang.

Pihak LZS sedia mengalakkan menunaikan zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan sejak tahun 2018 lagi. Umat Islam di Selangor boleh menunaikan zakat fitrah melalui sejumlah platform, selain di masjid melalui amil yang dilantik.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami