Berita

JAWI – Majlis Akad Nikah Dibenar Dengan Kehadiran 10 Orang

Oleh Fizah Lee  •  13 Jan 2021  •  2 min baca

Susulan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang melibatkan beberapa buah negeri, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengeluarkan garis panduan baru buat pasangan yang bakal melangsungkan perkahwinan.

Antaranya ialah had kehadiran ke majlis akad nikah di JAWI tidak melebihi 10 orang yang termasuk pengantin lelaki, pengantin perempuan, wali, wakil keluarga pengantin lelaki dan perempuan serta jurufoto.

Manakala, untuk jurunikah serta dua orang saksi pula adalah dari kalangan jawatankuasa JAWI sendiri.

Antara syarat lain yang disebut adalah:

#1 – Buat pemohon yang telah tamat tempoh Surat Kebenaran Berkahwin, mereka boleh membuat penyambungan tempoh selama dua bulan dari tarikh akhir kebenaran tersebut.

#2 – Majlis akad nikah dalam tempoh PKP hanya dibenar kepada pasangan yang telah mendapat kebenaran berkahwin daripada JAWI.

#3 – Untuk majlis akad nikah yang melibatkan rentas negeri, ia adalah tidak dibenarkan dan ditangguhkan.

#4 – Akad nikah hanya dibenar dilakukan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Cawangan Putrajaya dan Cawangan Labuan.

#5 – Untuk tempoh masa, ia hanya dibenar selama 20 minit sahaja.

#6 – Pihak yang terlibat dalam majlis akad nikah mestilah bukan dari kawasan PKPD dan tidak mempunyai hubungan dengan kes COVID-19.

#7 – Pengantin lelaki, pengantin perempuan dan wali diwajibkan menjalani ujian saringan COVID-19 terlebih dahulu. Keputusan ujian yang negatif perlu diserahkan kepada JAWI.

Kehadiran hendaklah mematuhi semua SOP yang telah ditetapkan seperti mendaftar kehadiran, mengambil suhu serta mematuhi penjarakan sosial.

Pihak JAWI tidak bertanggungjawab sekiranya terdapat ketidakpatuhan pada SOP dan garis panduan yang ditetapkan.

Garis panduan ini dikuat kuasa pada 13 Januari dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke masa.

Sumber:
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami