Sejarah

Status Kisah Sahabat Rasulullah Yang Buta Selepas Melihat Malaikat

Oleh Fizah Lee  •  8 Jan 2021  •  2 min baca

Apabila berbicara mengenai keunikan malaikat, kita dapat menyimpulkan bahawa ia merupakan salah satu makhluk ciptaan Allah yang sangat hebat dari segi sifat dan juga fizikalnya.

Mereka adalah makhluk yang diciptakan daripada cahaya dan keimanan mereka kepada Allah tidak pernah bertambah atau berkurang. Itulah keunikan malaikat yang mengagumkan kita semua.

Bahkan, banyak kisah yang menyebut mengenai malaikat yang ditugaskan oleh Allah untuk menyampaikan wahyu seperti malaikat Jibril yang telah datang kepada Rasulullah SAW menyerupai lelaki.

Juga kisah Malaikat Maut yang telah ditampar oleh Nabi Musa AS yang diceritakan dalam riwayat sahih Bukhari.

Para ulama juga berbahas dan menyebut bahawa mata manusia biasa tidak boleh melihat malaikat kerana ia adalah makhluk ghaib.

Syeikh Sulaiman Al-Asqar menyebut – “Malaikat ini diciptakan daripada cahaya, maka disebabkan itu, manusia tidak mampu melihatnya. Lebih-lebih lagi, Allah tidak memberi pandangan mata kita dan kemampuan untuk melihat malaikat dalam bentuknya yang sebenar melainkan Rasulullah SAW. Ini kerana, Baginda SAW telah melihat Jibril sebanyak dua kali dalam bentuknya sebagaimana yang Allah ciptakan. Tambahan pula nas-nas telah menunjukkan bahawa manusia mampu melihat malaikat apabila ia berubah daripada bentuk asalnya kepada bentuk manusia.” (‘Alam al-Malaikat al-Abrar, 10/1)

Ada sebuah kisah yang menyebut bahawa salah seorang sahabat nabi telah buta kerana melihat cahaya malaikat.

Namun, menurut penjelasan daripada Mufti Wilayah menyebut bahawa, status kisah ini adalah palsu kerana tidak ditemui dalam periwayatan yang sahih.

Justeru, memang manusia tidak boleh melihat fizikal malaikat secara terus namun kisah sahabat nabi yang menjadi buta akibat melihat malaikat adalah palsu.

Wallahu a’alam.

Rujukan:
Mufti Wilayah Persekutuan


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami