Sejarah

Dinasti Mughal Bukti Kedatangan Islam Terawal Di India

Oleh Fizah Lee  •  29 Dec 2020  •  4 min baca

Islam telah mula masuk ke India melalui empat tahap, iaitu pada zaman Nabi Muhammad SAW yang tersebar melalui perdagangan. Pada tahap ini, Raja Kadangalur dari Pantai Malabar telah memeluk Islam.

Pada tahap kedua pula ialah pada zaman Khalifah Umayyah, di mana pasukan Islam telah berada pada zaman pimpinan Muhammad bin Qasim yang berjaya menakluki wilayah Sind (kini dikenali sebagai Punjab).

Tahap ketiga adalah sewaktu zaman Dinasti Ghazni yang tersebar melalui penaklukan wilayah dan dipimpin oleh Sultan Mahmud.

Tahap keempat adalah semasa Dinasti Ghuri yang telah berjaya menaklub Punjab, Multan dan Sind dan ia telah dipimpin oleh Muhammad Ghuri.

Selepas Ghuri wafat, Qutub al-Din telah menggantikannya kerana beliau tidak mempunyai pewaris yang boleh menggantikan tampuk kepimpinannya.

Qutub al-Din merupakan orang kanan dan panglima perang utama kepada Muhammad Ghuri. Ia berjaya menakluk Delhi dan membentuk dinasti yang berpusat di Delhi (1206 M – 1526 M).

Salah satu cara yang dilakukan untuk memperkenalkan Islam adalah dengan menerjemahkan teks-teks keislaman.

Pemerintahannya kemudian digantikan oleh Sultan Iltutmish (1211 M – 1236 M), kemudian Khalji (1290 M – 1320 M), seterusnya Thugluq (1320 M – 1413 M) dan keluarga Lodi (1451 M – 1526 M).

Zaman pemerintahan Ibrahim Lodi tidak menekankan Islam sebaliknya mereka lebih kepada ingin mempertahankan kekuasaan yang dimiliki daripada dirampas oleh orang-orang Turki.

Namun, pada tahun 1526 M, Ibrahim Lodi beserta ribuan pasukannya terbunuh dalam sebuah pertempuran yang berlaku di Panipat.

Pada waktu ini, tampuk pimpinan diganti oleh Zahiruddin Babur yang membangunkan kerajaan Mughal atau juga dikenali sebagai Moghul.

Babur berjaya meredakan gejolak politik yang melanda sehingga mengakibatkan pemberontakan besar-besaran.

Tampuk Pimpinan Moghul

Zahiruddin merupakan keturunan daripada Timur Lenk dari Etnik Mongol yang juga merupakan keturunan Jenghis Khan.

Kesultanan ini berkuasa sejak tahun 1526 M – 1828 M. Kerajaan ini berjaya membangun dengan dibantu oleh Kerajaan turki Usmani dan di Parsi yang bernama Kerajaan Safawi. Ketiga-tiga ini mampu menguasai ekonomi, politik dan juga ketenteraan.

Babur juga berjaya menguasai Samarkand yang menjadi kota penting di Asia Tengah ketika itu. Penguasaan itu berlaku kerana mendapat bantuan dan sokongan daripada Raja Safawi.

Pada 1530 M, Babur telah meninggal dunia dan beliau telah digantikan oleh anaknya, Humayun. Namun, catatan sejarah menyebut bahawa Humayun tidak secekap anaknya dan beliau telah digulingkan pada tahun 1540 oleh Shah Suri.

Dinasti Mughal kemudiannya digantikan dengan Dinasti Suri. Namun, humayun tidak berhenti sampai situ sahaja kerana beliau telah meminta bantuan daripada Parsi-Safawi untuk mengembalikan Dinasti Mughal.

Dengan itu, Dinasti Mughal berjaya dikembalikan. Namun, tidak lama selepas itu, Humayun telah meninggal dunia dan pimpinannya digantikan oleh puteranya, Jalaluddin Akbar.

Akbar ketika itu berusia 13 tahun. Rata-rata meragui pemerintahannya, namun beliau berjaya membuktikannnya dengan dibantu oleh ketua menteri, iaitu Bairam Khan. Beliau sehingga dikenali sebagai Akbar Agung kerana pemerintahannya yang sungguh cekap.

Zaman Keemasan Moghul

Pemerintahan Akbar dianggap sebagai zaman keemasan Moghul kerana beliau berjaya meluaskan sempadan Empayar Mughal. Bukan sahaja berjaya memberi keselesaan kepada rakyat, namun beliau juga berjaya menyatukan rakyat yang beragama Islam dan Hindu.

Seterusnya, selepas pemerintahan Akbar, beliau digantikan oleh Jahangir, Shah Jahan dan Aurangzeb. Kestabilan empayar mereka dapat dilihat dengan jelas apabila rakyatnya dapat menikmati keamanan.

Empayar Mughal jatuh selepas kemangkatan Aurangzeb. Hal ini kerana mereka tidak mempunyai senjata peperangan dan taktik yang terkini. Ia adalah salah satu sebab mengapa empayar emas ini boleh jatuh.

Keislaman Sewaktu Dinasti Mughal

Catatan sejarah menyebut bahawa kemajuan peradaban Islam di India telah muncul dan memuncak semasa Dinasti Mughal. Hal ini kerana mereka telah mendapat sokongan daripada Parsi dan juga Turki Usmani.

Perdagangan, pertanian dan juga seni dapat dibangunkan sekali dengan terbangunnya Islam sewaktu Dinasti ini.

Sebagai contoh, pada zaman Shah Jehan, Taj Mahal berjaya dibangunkan dengan membawa seni Islam padanya. Sehingga kini ia telah menjadi lambang keagungan Islam.

Walaupun dengan kejatuhan empayar ini, kemajuan Islam juga beransur perlahan, namun peninggalan sejarah pada Dinasti Mughal ini berjaya membuktikan bahawa Islam pernah bertapak hebat di India.

Sumber:
Kajian Dinasti Moghul
Bincang Syariah


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami