Eksklusif, Tokoh

#82 – Al-Khindi, Tokoh Ulung Dalam Ilmu Falsafah

Oleh Fizah Lee  •  14 Dec 2020  •  3 min baca

Abu Yusuf Ya’qub bin Ishaq al-Khindi atau lebih dikenali sebagai Al-Khindi merupakan ahli falsafah Arab yang paling awal dalam sejarah falsafah Islam.

Beliau dikenali sebagai Al-Khindi dengan nama keturunannya. Dalam bahasa Latin, beliau juga terkenal sebagai Alkindus.

Al-Khindi telah dilahirkan di Kufah pada abad kesembilan masihi, iaitu sekitar tahun 801 M.

Catatan sejarah ada yang menyebut bahawa beliau merupakan anak kepada gabenor di Kufah, iaitu pada zaman khalifah Al-Mahdi (775 M – 785 M), Al-Hadi (785 M – 876 M) dan Harun Al-Rasyid (786 M – 909 M).

Ia menunjukkan bahawa keturunan beliau adalah dari keturunan yang hebat kepimpinannya.

Beliau telah membesar pada zaman yang sama dengan tokoh-tokoh hebat seperti Al-Mamun, Al-Mu’tasim dan al-Mutawakkil.

Mereka tidak pernah memandang ringan akan kepentingan ilmu. Disebabkan itu, keluarganya amat menekankan perihal ilmu dan menyebabkan beliau berjaya mendalami ilmu Al-Quran, tatabahasa Arab, kesusasteraan serta ilmu matematik pada usia yang amat muda.

Kota kufah pada waktu itu terkenal dengan kepesatan ilmu dan kebudayaan Islam. Situasi inilah yang menambah lagi semangat beliau dalam menuntut ilmu.

Demi mengembangkan lagi taraf ilmunya, beliau keluar dari Kufah dan menuju ke Baghdad untuk menterjemah dan mempelajari tentang ilmu falsafah.

Selain daripada Bahasa Arab, beliau mampu menguasai Bahasa Yunani dan Syria dengan baik. Dengan itu, beliau mampu membantu memperbaiki hasil terjemahan karya seperti daripada Ibn Na’ima al-Himsi.

Beliau telah dikenali sebagai ahli falsafah muslim yang paling agung kerana karya beliau banyak yang telah menjadi rujukan sehingga kini. Bahkan, Al-Farabi dan Ibnu Sina juga pernah merujuk karya-karyanya.

Karya beliau terbahagi dalam pelbagai bidang, iaitu; bidang falsafah, astronomi, perubatan dan matematik.

Antara karya beliau yang terkenal adalah fi al-falsafat al-‘ula, yang merupakan karya terawal berdasarkan pemikiran falsafah oleh Artistotle dan Plato.

Melalui karya ini, beliau mendefinisikan falsafah sebagai pengetahuan tentang perkara yang tidak dapat dijangkau oleh pemikiran manusia. Baginya, matlamat utama ahli falsafah terbahagi kepada dua, iaitu dalam bentuk teori dan praktikal.

Dalam teori, mereka bertanggungjawab mencari kebenaran, manakala melalui praktikal pula mereka perlu bertindak sesuai dengan kebenaran yang ada.

Ia juga merangkumi kemampuan manusia dalam mengenali hakikat ilmu ketuhanan, keesaan, serta ilmu-ilmu tentang perkara yang memberi kesan yang baik kepada diri seseorang serta bagaimana cara untuk menjauhi diri daripada perkara yang merugikan.

Menurutnya, ahli falsafah seperti Plato dan Aristotle mempunyai pandangan dan pemikiran mereka sendiri terhadap falsafah dan akal.

Disebabkan itu, beliau ingin mengemukakan pandangan yang jelas terutamanya yang berkait dengan ilmu dan agama Islam.

Bukan itu sahaja, beliau tidak ketinggalan dalam bidang ilmu yang lain seperti geografi, muzik, geologi, pembuatan pedang malah juga bidang masakan.

Disebabkan itu, beliau berjaya menghasilkan pelbagai karya kerana ia meliputi bidang yang cukup luas. Diriwayatkan bahawa beliau telah berjaya menghasilkan sebanyak 270 karya.

Tiada catatan yang jelas mengenai tarikh kewafatan beliau namun sumbangannya dalam bidang ilmu dihargai dengan penamaan sebuah hospital ke atas namanya, iaitu Hospital Awam Al-Kindi yang merupakan pusat perubatan terbesar di Baghdad.

Sumber:
Falsafah Al-Khindi Tentang Akal


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami