Gaya Hidup, Inspirasi

Imam Syafie – Cinta Bertepuk Sebelah Tangan Itu Bentuk Musibah?

Oleh Fizah Lee  •  29 Nov 2020  •  2 min baca

Fitrah dan lumrah yang ada dalam diri manusia adalah rasa cinta yang hadir dalam hatinya terhadap seseorang. Namun, tidak semua orang bertuah dikurniakan rasa yang sama.

Ada di antaranya yang cinta mereka hanya bertepuk sebelah tangan. Apabila perasaan tersebut ditolak oleh insan yang dicintai, pasti timbul rasa sakit dan kekecewaan yang mendalam.

Bak kata pujangga; sakit yang paling dasyat adalah sakit ketika cinta yang dirasakan terhadap seseorang tidak berbalas.

Bahkan, Imam Syafi’e juga pernah mengeluarkan kata hikmahnya berkenaan cinta yang bertepuk sebelah tangan. Katanya:

ومن البلية أن تحب ولا يحبك من تحبه

Maksud: “Bahagian dari bencana itu ketika engkau mencintai sementara orang yang kau cintai tidak mencintaimu.”

Mengapa Imam Syafi’e berkata demikian? Cuba anda renung sejenak, bagaimana situasi yang dialami oleh insan yang cintanya tidak berbalas.

Pasti insan tersebut akan melalui sebuah fasa kekecewaan yang teramat sangat, ditambah pula terpaksa menanggung perasaan itu dalam satu jangka masa yang lama sementara untuk benar-benar boleh menghilangkannya dan mencintai orang lain.

Bahkan, fasa kekecewaan itu akan membuatkan seseorang insan tersebut sukar untuk berpijak pada bumi yang nyata dan menerima kehadiran insan baru.

Namun, bagi penulis, musibah yang sedang dialami itu sebenarnya boleh mengajar insan tersebut akan sebuah pengalaman bahawa dengan mencintai tidak semestinya memiliki.

Dan tempoh untuk move on sebenarnya merupakan fasa yang terbaik untuk mengenali dan belajar menyayangi diri sendiri.

Disebabkan itu, Baginda SAW pernah bersabda bahawa, perasaan yang hadir itu perlu disalurkan dengan penuh sederhana agar luka yang dirasai tidak begitu mendalam.

Sebagaimana dalam sebuah hadisnya yang menyebut:

Maksud: “Cintailah orang yang kamu cintai sekadarnya. Boleh jadi, orang yang sekarang kamu cintai, suatu hari nanti akan menjadi orang yang kamu benci. Dan, bencilah seseorang seadanya. Boleh jadi, insan tersebut akan menjadi orang yang kamu cintai suatu hari nanti.” (Hadis Riwayat Tirmidzi, no. 1997. Disahihkan oleh At-Tabrani)

Oleh itu, jangan takut untuk mencintai kerana perasaan yang dialami itu adalah fitrah. Namun, ia perlu dikawal agar tidak memakan diri yang akhirnya boleh melukakan diri sendiri.

Apabila ia hanya bertepuk sebelah tangan, yakinlah bahawa Allah sedang menyiapkan diri anda ke arah yang lebih baik agar dapat bertemu dengan insan yang terbaik yang boleh menyayangi anda juga seadanya.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami