Ibadah

Yang Dimaksudkan Dengan Terlindung Dari Fitnah Dajjal

Oleh Fizah Lee  •  20 Nov 2020  •  2 min baca

Apabila tibanya hari Jumaat, pasti setiap dari kita akan mendapat pesanan untuk membaca Surah Al-Kahfi. Ia adalah bonus buat sesiapa yang telah menghafal 10 ayat awal dan akhir surah tersebut kerana boleh sahaja menghafal pada bila-bila masa.

Surahnya yang panjang tidak menjadikan masalah untuk anda menghabiskannya kerana terdapat pelbagai tips yang telah dikongsikan seperti membahagikan bacaannya kepada jumlah waktu solat. Atau boleh juga hanya membaca 10 ayat awal dan akhir.

Dikatakan, apabila membaca surah ini apatah lagi menghafalnya, ia boleh membantu anda untuk terlindung daripada fitnah Dajjal.

Sebagaimana dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan daripada Abu Darda’ bahawa Baginda SAW bersabda:

مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْفِ عُصِمَ مِنَ الدَّجَّالِ

Maksud: “Sesiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al-Kahfi, maka ia akan terlindung dari Dajjal.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 809)

Bagaimanapun, apa yang dimaksudkan dengan terlindung dari fitnah Dajjal?

Pertama sekali kita perlu faham bahawa fitnah Dajjal adalah segala bentuk penipuan yang boleh membutakan mata kita dengan pesona yang menarik.

Diceritakan dalam beberapa hadis sahih menyebut bahawa Dajjal akan membawa kenikmatan yang boleh mengaburi mata manusia sedangkan ia hanyalah tipu daya. Inilah yang dinamakan sebagai fitnah.

ومعه نهران  أنا أعلم بهما منه  نهر يقول الجنة ونهر يقول النار فمنأدخل الذي يسميه الجنة فهو النار ومن أدخل الذي يسميه النار فهو الجنة

Maksud: “Dia (Ad-Dajjal) membawa dua sungai, aku lebih mengetahui tentang kedua sungai tiu dibandingkan dia sendiri. Sungai yang dia katakan: “Inilah syurga” dan sungai yang dia katakan “inilah neraka.” Barangsiapa yang dimasukkan ke dalam sungai yang dia namakan syurga, itu sebenarnya neraka sedangkan siapa sahaja yang dimasukkan ke dalam sungai yang dia namai neraka, itu sebenarnya syurga.” (Hadis Riwayat Syarat Muslim, no. 5694)

Bentuk penipuan inilah yang akan mengaburi mata kita dan boleh memesongkan diri kita untuk mengikutinya. Semoga dijauhkan dengan perkara tersebut.

Justeru, salah satu cara untuk menguatkan akidah dan iman agar terlindung dari fitnah Dajjal adalah dengan memperbanyakkan bacaan Al-Kahfi kerana ia adalah salah satu bentuk perisai yang boleh melindungi kita.

Sumber:
Mufti Wilayah Persekutuan
Darulkautsar Umum – Apa Maksud Berlindung Dari Dajjal


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami