Saya ada melihat sebuah drama lama yang ditayangkan di Youtube berkenaan seorang lelaki yang berkahwin dengan seorang wanita yang telah mengandung anak tidak sah taraf.
Timbul beberapa persoalan daripada drama tersebut, antaranya ialah apa status anak yang dikandungkan wanita itu terhadap lelaki yang menikahinya jika lelaki tersebut bukan bapa kandungnya?
Dalam hal ini, pertama sekali kita perlu melihat bahawa ulama dari mazhab Syafi’e menyebut bahawa pernikahan ini adalah sah. Maka, tiada masalah untuk berkahwin dengan wanita tersebut.
Bagaimanapun, anak yang dikandungkan itu tidak boleh dinasabkan kepada lelaki itu kerana pada asalnya ia adalah bukan anak kandungnya.
Dalam mazhab Syafi’e ada menyebut;
Maksud: “Jika seorang lelaki mengahwini seorang perempuan yang hamil daripada perbuatan zina, sahlah nikahnya di sisi Abu Hanifah dan Muhammad (bin Hasan Al-Syaibani), tetapi tidak dibenarkan dia menyetubuhi isterinya itu sehingga dia melahirkan anak. Sebagaimana sabda Rasulullah yang menyebut – “Jangan disetubuhi orang hamil sehingga dia bersalin.” Maka, inilah dalil yang menunjukkan larangan menyetubuhi isteri itu sehingga dia bersalin. Berbeza dengan mazhab Syafi’e yang menghalalkan bernikah dan bersetubuh bagi perempuan yang hamil daripada zina menurut pandangan yang asah.” (Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 29/338)
Perkara ini juga ada disebut oleh Mufti Wilayah bahawa ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan, iaitu;
#1 – Anak tersebut tidak boleh dinasabkan kepada lelaki itu
#2 – Anak itu tidak boleh mendapat pusaka daripadanya
#3 – Lelaki itu tidak boleh menjadi mahram dan walinya
Justeru, dalam hal ini kita faham bahawa pernikahan yang dilakukan itu adalah sah. Namun, anak yang dikandungkan itu tidak boleh dibin atau dibintikan kepadanya.
Sumber:
Mufti Wilayah Persekutuan
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.