Site icon Tazkirah

Kemudahan Surau Di Semua Lebuh Raya Dibuka Termasuk Negeri Sembilan

PLUS Malaysia Berhad mengumumkan bahawa semua surau di kawasan rehat dan rawat (R&R), hentian sebelah dan plaza tol di lebuh raya kendaliannya dibuka termasuk Negeri Sembilan.

Keputusan ini adalah selari dengan Jabatan Agama Islam di kawasan dan negeri yang telah dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Sebelum ini, kawasan rehat dan rawat telah diumumkan pembukaannya kepada semua negeri kecuali Negeri Sembilan. Kini, dengan pembukaan secara menyeluruh ini sedikit sebanyak boleh membantu memberi kemudahan kepada semua pengguna.

Bagaimanapun, pengguna diingatkan untuk terus menasihati SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kelengkapan solat hendaklah dibawa sendiri dan penjarakan fizikal juga perlu dititikberatkan.

Sumber:
PLUS Malaysia

Exit mobile version