Ibadah

Status Hadis – Istighfar Pagi Hari Jumaat Mendapat Keampunan Oleh Allah

Oleh Fizah Lee  •  13 Nov 2020  •  2 min baca

Setiap kali tibanya hari Jumaat, pasti hati kita berbunga-bunga untuk melakukan amalan kebaikan dengan lebih lagi seolah-olah semangat dan motivasi itu hadir untuk menjadikan kita insan terbaik.

Mana taknya, Jumaat merupakan penghulu segala hari dan di dalamnya terkandung seribu satu kebaikan serta pahala yang berganda dijanjikan Allah.

Bahkan, pada hari ini juga kita diseru untuk memperbanyakkan istighfar kerana ia adalah bentuk pengakuan dan keyakinan kita kepada Allah dalam bentuk memohon keampunan dariNya.

Ada pelbagai hadis yang menyebut mengenai kelebihan istighfar. Ada juga sebuah hadis yang menyebut bahawa, istighfar perlu dilazimi pada setiap pagi Jumaat kerana dengannya, Allah akan memberi pengampunan kepada insan tersebut walaupun dosanya sebanyak buih-buih di lautan.

Hadis ini ada diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA, Baginda SAW bersabda:

مَنْ قال صَبيحَةَ يَوْمِ الجُمُعَةِ قَبْلَ صَلاةَ الغَدَاةِ: أسْتَغْفِرُ اللهَ الذِي لا إلهَ إلَّا هُوَ الحَيَ القَيومَ وأتُوبُ إلَيْهِ ثلَاثَ مَرَات، غَفَرَ اللهُ تعالى ذُنوبَهُ ولو كانتْ مِثْلَ زَبَدِ البَحْرِ

Maksud: “Barangsiapa yang beristighfar pada pagi hari Jumaat sebelum menunaikan solat pagi. Dengan mengatakan “Aku memohon ampun kepada Allah, Tiada Tuhan melainkanNya, yang Maha Hidup, Maha Kekal Mentadbir dan aku bertaubat kepadaNya sebanyak tiga kali, Maka Allah taala akan mengampunkan dosa-dosanya sebanyak buih di lautan.”

Namun, ulama berpendapat bahawa hadis ini adalah daif (lemah) kerana sanadnya yang tidak jelas.

Hal ini dipersetujui oleh Imam Al-Hafiz Ibn Hajar, Imam Nawawi dan Syeik Syu’aib al-Arna’outh.

Kesimpulan

Walaupun hadis ini diakui daif, namun ia tidaklah bermakna anda tidak boleh melazimi istighfar pada pagi Jumaat. Hal ini kerana, istighfar perlu dilazimi setiap hari dan waktu. Tidak perlu menunggu masa-masa tertentu untuk membacanya.

Wallahu a’alam

Rujukan:
Mufti Wilayah Persekutuan


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami