Gaya Hidup

Maksud Hadis Golongan Yang Memasuki Syurga Tanpa Hisab

Oleh Fizah Lee  •  11 Nov 2020  •  2 min baca

Apa itu syurga, di mana syurga dan apa nikmat yang akan diperoleh buat penghuninya adalah antara persoalan yang kerap kali ditimbulkan. Walaupun ia adalah perkara ghaib, namun Allah telah memberikan gambaran mengenainya melalui kalam Allah.

Gambaran yang diberikan adalah sebagai salah satu motivasi kepada kita semua untuk berbuat kebaikan.

Bayangkan, anak kecil yang dijanjikan dengan upah yang lumayan jika mampu berjaya dalam peperiksaan atau seorang pekerja yang akan diberi bonus yang besar jika mampu melariskan produk jualan.

Ia adalah motivasi untuk melakukan yang terbaik agar dapat mencapai apa yang dijanjikan. Begitulah juga dengan gambaran syurga ini.

Untuk menggapai syurgaNya bukanlah mudah, namun tidak mustahil. Di akhirat kelak, Allah akan memayungi hambaNya dengan naunganNya dan juga Baginda SAW akan memberi syafaat buat umatnya.

Diceritakan juga dalam beberapa hadis yang menyebut mengenai ada golongan yang memasuki syurga tanpa hisab.

يَدْخُلُ الجَنَّةَ مِن أُمَّتي سَبْعُونَ ألْفًا بغيرِ حِسابٍ، قالوا: مَن هُمْ يا رَسولَ اللهِ؟ قالَ: هُمُ الَّذِينَ لا يَسْتَرْقُونَ، ولا يَتَطَيَّرُونَ، ولا يَكْتَوُونَ، وعلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ

Maksud: “Tujuh puluh ribu dari umatku akan masuk syurga tanpa hisab.” Para sahabat bertanya: “Siapakah mereka wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Mereka adalah orang-orang yang tidak minta diruqyah (dengan ruqyah yang syirik), tidak mengamalkan tathayur (tilik nasib), tidak menggunakan perbuatan dengan besi (yang dilarang) dan mereka selalu bertawakkal kepada rabbnya.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 5752)

Apa yang dimaksudkan dengan hadis ini? Ulama menyebut bahawa di akhirat kelak, akan ada tiga golongan yang masuk syurga, iaitu; yang masuk syurga tanpa hisab, dimasukkan syurga selepas dihisab dan yang akan masuk syurga selepas dikeluarkan dari neraka.

Untuk golongan pertama ini, ada ulama berbahas bahawa akan ada 70 000 umat manusia berjaya memasukinya tanpa hisab. Manakala, ada sebahagian ulama berbahas dengan menyebut jumlahnya seramai 700 000 orang.

Mereka adalah dalam kalangan yang mempunyai tauhid yang kuat terhadap Allah dan sentiasa bertawakkal kepadaNya dengan sepenuhnya.

Golongan ini diceritakan sebagai orang yang tidak syirik kepada Allah seperti tidak melakukan perbuatan tilik nasib.

Ibnu Qayyim menyebut – “Sifat utama dari 70 000 orang tersebut terkumpul pada sifat tawakkal. Kerana tawakkal mereka sempurna; iaitu mereka tidak meminta diruqyah, tidak menggunakan perbuatan dengan besi (yang dilarang) dan tidak beranggapan sial.” (Miftah Dar al-Sa’adah, 3/1483)

Justeru, ia menunjukkan bahawa syirik merupakan perkara yang perlu dielakkan kerana ia adalah salah satu dosa besar yang sangat dimurkai Allah.

Baca juga:
Tathayyur: Perbuatan Syirik Tanpa Sedar

Rujukan:
Mufti Wilayah Persekutuan


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami