Berita

PKPB – Solat Jumaat Di Perak Dibenar Dengan Bilangan Jemaah Dihadkan

Oleh Fizah Lee  •  10 Nov 2020  •  2 min baca

Bersempena dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang telah dikuatkuasakan di Perak, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) telah bersetuju untuk membenarkan solat Jumaat dan berjemaah dilaksanakan, namun dengan menekankan beberapa syarat yang telah dinyatakan.

Antara syarat yang dinyatakan adalah:

Solat Jumaat

#1 – Solat Jumaat di kawasan zon merah ditangguhkan dan digantikan dengan solat di kediaman masing-masing.

#2 – Manakala, untuk kawasan zon kuning, ia boleh dilaksanakan dengan jumlah jemaah seramai 23 orang sahaja. Jemaah adalah daripada kalangan pegawai masjid dan ahli Jawatankuasa Kariah.

#3 – Untuk kawasan zon hijau, ia boleh dilakukan dengan bilangan jemaah seramai 40 orang yang terdiri daripada pegawai masjid, ahli Jawatankuasa kariah dan ahli kariah.

#4 – Untuk umat Islam yang lain, hendaklah menggantikan solat Jumaat dengan solat Zohor di kediaman masing-maisng.

Solat Berjemaah

#1 – Solat berjemaah di kawasan zon merah boleh dilaksanakan dengan jumlah jemaah 6 orang sahaja. Ia termasuk dari kalangan pegawai masjid dan ahli Jawatankuasa Kariah.

#2 – Manakala, untuk kawasan zon kuning pula, ia boleh dilaksanakan dengan had jemaah seramai 23 orang yang terdiri daripada pegawai masjid dan ahli Jawatankuasa Kariah.

#3 – Untuk kawasan zon hijau, bilangan jemaah dihadkan seramai 40 orang sahaja yang terdiri dari kalangan pegawai masjid, ahli Jawatankuasa Kariah dan ahli Kariah.

Aktiviti Keagamaan

#1 – Aktiviti keagamaan di kawasan zon merah seperti ceramah, kuliah pengajian antara Maghrib dan Isyak tidak dibenarkan.

#2 – Manakala, untuk zon kuning, ia dibenarkan namun dengan mengambil kira jumlah kehadiran dalam skala yang kecil.

#3 – Begitu juga dengan kawasan zon hijau yang dibenar dilakukan, namun dengan mengambil kira bilangan kehadiran yang kecil.

Kehadiran

Buat masa ini, kehadiran hanya diberikan kepada warganegara Malaysia. Jemaah yang hadir hendaklah merekodkan kedatangan mereka sebelum dibenarkan masuk ke ruangan solat.

Jemaah yang hadir juga perlu mengikuti SOP yang ditetapkan seperti sentiasa memakai pelitup muka, mensanitasi tangan dan menjaga penjarakan 1 meter.

Syarat yang diambil ini telah mendapat perkenan daripada Sultan Perak dan juga nasihat daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak serta Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ia mula dikuatkuasakan pada 9 November 2020 sehingga dikeluarkan apa-apa arahan baharu daripada pihak MAIPk.

Sumber:
MAIPk


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami